"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Buruh didakwa kerana saja tunjuk kemaluan depan anak perempuan

AYER KEROH: Seorang buruh binaan didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini, semalam atas pertuduhan berpakaian separuh bogel di hadapan anak perempuannya.

Tertuduh, Johari Hasan, 56, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majsitret Norinda Maludin selepas mengangguk faham pertuduhan dibacakan jurubahasa.

Berdasarkan pertuduhan, Johari didakwa sengaja melanggar kesopanan seorang perempuan berusia 17 tahun dengan berpakaian separuh bogel iaitu hanya berbaju T sahaja.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Kilometer (KM) 12, Kampung Bukit Pegoh kira-kira jam 10.50 malam pada 11 Oktober 2014.
-sinarharian-

Tolong Jangan Pukul Saya Lagi - Anwar

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim merayu agar kejadian mata lebam tidak berulang sekiranya beliau dipenjarakan sekali lagi selepas rayuan akhirnya terhadap sabitan kes liwat pada 28 Oktober ini.

Ketua pembangkang itu menegaskan demikian ketika berucap dalam ceramah di hadapan 2,000 orang di Seberang Jaya malam tadi

Mengimbau kembali insiden mata lebam ketika di Penjara Sungai Buloh, Anwar berkata, bekas Presiden Indonesia Habibie JB menelefon Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad untuk menyatakan kebimbangan beliau.

Habibie, katanya, telah dimaklumkan oleh pihak intelligentsia beliau bahawa beliau (Anwar) teruk dipukul dalam penjara.

Katanya, Mahathir menjawab bahawa negara ini mempunyai undang-undang dan dia tahu bagaimana mengendalikan urusan dalaman negara.

Walaupun dalam keadaan hujan renyai, orang ramai menunggu mendengar ucapan 'selamat tinggal' Anwar sekiranya beliau akan ke penjara minggu depan.

Pada tahun 2006, Anwar dibebaskan setelah menjalani hukuman penjara selama enam tahun kerana sabitan tuduhan penyalahgunaan kuasa berkaitan dengan tuduhan liwat pertama terhadapnya.

Anwar telah disabitkan terhadap pertuduhan liwat kedua dan Mahkamah Rayuan telah menjatuhkan hukuman lima tahun penjara.

Beliau memfailkan rayuan terhadap hukuman penjara itu dan Mahkamah Persekutuan akan mendengar rayuan itu pada 28 dan 29 Oktober ini.

Anwar berkata jika beliau dipenjarakan, Permatang Pauh akan menyaksikan pilihan raya kecil dan PKR akan meletakkan calon yang akan mendapat sokongan besar.

Beliau berharap semasa pilihan raya itu, pengundi tidak akan melepaskan peluang untuk menegakkan prinsip-prinsip Pakatan iaitu keadilan untuk semua.

Menurutnya, pemimpin datang dan pergi, tetapi hubungan Pakatan mesti stabil dan diperkuatkan.

Anwar juga memohon doa dari rakyat untuk memberinya kekuatan tetapi berkata beliau yakin mampu menghadapi apa pun keputusan mahkamah nanti.
-malaysiakini-

Video: Kenapa Rosmah Tolak Najib?