"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dadah: Penyanyi terkenal era 1990-an Zamani SLAM dan teman wanitanya ditahan

Seorang penyanyi terkenal era 1990-an dan teman wanitanya ditahan polis kerana dipercayai memiliki dadah dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Keramat, awal hari ini.
Serbuan pada 12.30 tengah malam itu dilakukan pasukan Polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Ampang, yang menemui satu bungkusan plastik disyaki heroin kira-kira 1.2 gram di dalam sebuah bilik.

Hasil ujian air kencing mendapati penyanyi berusia 43 tahun itu positif dadah morfin manakala teman wanitanya yang berusia 32 tahun positif dadah amphetamine.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Khairuldin Saad hari ini mengesahkan penahanan penyanyi dan teman wanitanya bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan 15(1)(a) akta sama.

"Kami akan mendapatkan perintah reman terhadap mereka di Mahkamah Majistret Ampang hari ini," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
-Bernama-


Berikut adalah FAKTA KES yang tersebar di laman Facebook;

Tangkapan kes menarik penyanyi vokalis kumpulan SLAM (Zamani SLAM)

Seksyen 12(2) ADB 1952 &Seksyen 15(1)(a)ADB 1952
bersabit Hulu Kelang rpt:/15

Pengadu: INSP. Mohamad Rashidi B Mat Din BSJND IPD Ampang Jaya
IO: Insp. Hazreen B Mohktar

OKT:
(B1) Nama : Zamani B Ibrahim (Zamani Slam)
KP:710525-10-5267
umur : 43Thn
Kerja : Penyanyi
Alamat :No 31, Jln Enggang Timor 1, Tmn Keramat Ampang Selangor
Rekod jenayah : Tiada rekod.
Urine :Morphine

(B2) Nama : Nur Juliana Bt Abdul Rani
KP: 820409-03-5350
umur : 32Thn
Kerja : Tiada
Alamat : 46/CR Tingkat 3, Jln Kosas 1/6, Tmn Kosas Ampang Selangor.
Rekod jenayah : tiada rekod
Urine : AMP

FAKTA KES

Pada 21.01.15 jam lbh kurang 0030 hrs pengadu bersama anggota BSJND Ampang Jaya telah serbu dan tangkap 1 lelaki melayu dan 1 perempuan melayu (B2) di alamat No 31, Jln Enggang Timor 1, Tmn Keramat Ampang Selangor. Pemeriksaan bilik B1 pengadu telah jumpa 1 peket plastik disyaki dadah jenis Heroin (ab. 1.2 gram) di atas tilam dlm bilik . Pemeriksaan lain-lain bhgn tiada jumpa brg salah.

Soal siasat awal dapati saspek (B1) mengaku terlibat dalam aktiviti penagihan dadah jenis syabu dan heroin selama 10 tahun dan ambil bekalan dadah heroin dgn seorang lelaki melayu nama Azron B Mansor, Kp: 810604145775 yg di tangkap bersabit Hulu Kelang rpt: Seksyen 39A(2) ADB 1952.
Siasatan masih di teruskan.

Mati selepas minum air jampi

Nairobi: Seorang pemandu bas mati selepas minum air yang dijampi seorang dukun untuk membuktikan dia tidak mencuri buku.

Kejadian itu mencetuskan kemarahan penduduk kampung di daerah Kisii, barat daya Kenya.

Lembaga pengarah sekolah kampung berkenaan sebelum itu meminta khidmat seorang dukun menjejaki lelaki yang mencuri buku sekolah.

Pemandu bas itu menawar diri untuk meminum air yang dijampi dukun berkenaan untuk membuktikan bukan dia yang mencuri.

“Dia dicabar dan dia menyahut cabaran itu untuk minum air jampi berkenaan,” kata ketua polis tempatan Simon Kiragu kepada akhbar Daily Nation.

Pemandu berusia 33 tahun itu tidak sedarkan diri dan disahkan mati sebaik minum air itu.

Penduduk kampung yang marah kemudian bertindak balas terhadap lembaga sekolah dengan membakar bas sekolah dan rumah timbalan pengetua.
-Agensi/hmetro-


POLITIK 2015 penuh keajaiban.......

tokpepijat
DS Anwar akan berdamai dan bersama PMNajib. PMNajib amat memerlukan DS Anwar dalam menghadapi krisis ekonomi dan serangan Dr Mahathir dan kuncu-kuncunya.
Timbalan PM Muhyidin sedang memerhatikan "peperangan" ini. Tunggu untuk bersiap sedia menangguk untung kemelut ini.

Besar kemungkinan Muhyidin buat kem sendiri bersama Zahid Hamidi dan Shafie Afdal.

Jika Muhyiddin berbuat demikian, bermakna Anwar semakin rapat dan rapat dengan PMNajib. PMNajib sedang kelemasan. Anwar memberikan pelampung untuk beliau untuk selamat dari lemas politik.

Kesempatan ini Anwar rebut dengan kemas dan licik. Peluang Anwar untuk "hendak sangat"jadi PM semakin cerah dengan mendekati PMNajib.

Hasilnya, DAP akan bertambah musuh. Dulu dengan PAS kini dengan Anwar dan PKR.

Politik 2015 bakal menyaksikan, Anwar dan PKR bergabung dengan Najib. PAS berjuang sendirian begitu juga DAP