"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ada kempen 'tikam' Anwar di Kuala Kubu Bharu

B Nantha Kumar

PRK KKB | Biarpun kempen belum lagi bermula di kawasan utara Selangor ini, sudah ada beberapa watak dikenali ramai muncul membawa misi tersendiri.

Mengakui bukan mahu melihat PH - sekali gus kerajaan - kalah dalam PRK pada 11 Mei ini, mereka mula mengadakan perjumpaan dengan pemimpin komuniti India NGO tertentu.

Misi individu terbabit - yang pernah menjadi menteri dalam kerajaan PH - turut disertai bekas pemimpin parti berkenaan serta parti yang menjadi rakan PH.

Misi mereka ialah mengajak penduduk setempat memboikot PRK berkenaan.

"Niat kami bukanlah nak membantu PN tetapi mahu menghantar isyarat kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim bahawa masyrakat India tidak puas hati pada kerajaan hari ini.

"Kami rasa tindakan memboikot PRK ini cara terbaik untuk memberi isyarat tersebut kepada kerajaan," kata seorang bekas pemimpin DAP yang enggan namanya didedahkan.

Mengulas lanjut, dia berkata dalam tempoh setahun kerajaan pimpinan Anwar mentadbir negara, adalah jelas kerajaan mengabaikan masyarakat India.

"Saya nak tahu berapa peruntukan diberikan kepada sekolah Tamil? Berapa pelajar India diberi tempat dalam matrikulasi?

"Sekarang juga buat pertama kali dalam sejarah tiada wakil Tamil dalam kabinet.

"Perdana menteri ada setiausaha politik dari bangsa Melayu dan Cina, tapi orang India tak diberi peluang. Semua ini kerajaan perlu betulkan.

"Maka kami minta pengundi India di Kuala Kubu Bharu 'tikam' Anwar dalam PRK ini," katanya.

Bertentangan dengan perlembagaan

Untuk rekod, baru-baru ini Anwar berkata kerajaan tidak pernah mengabaikan masyarakat India di negara ini.

Sambil menyebut beberapa program yang sedang dirangka, Anwar berkata adalah tidak adil untuk pihak tertentu menuduh dia tidak melakukan sebarang usaha untuk menyelesaikan masalah kaum India.

Menyenaraikan pelbagai langkah diambil untuk membela komuniti India, Anwar berkata: "Jika saya tidak melakukan apa-apa untuk masyarakat India, anda berhak ‘menikam’ saya.”

Kerusi DUN Kuala Kubu Bharu kosong berikutan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong pada 21 Mac lalu selepas dia mewakili kawasan berkenaan sejak 2013.

Pada 4 April lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan PRK berkenaan akan diadakan pada 11 Mei manakala hari penamaan calon pula pada 27 April.

Tarikh pengundian awal pula ditetapkan pada 7 Mei depan. Seramai 40,226 pengundi layak mengundi pada PRK ini.

Kuala Kubu Bharu merupakan kerusi campuran dengan pecahan pengundi Melayu terdiri daripada 51 peratus diikuti Cina (30 peratus) dan India (18 peratus) manakala baki 1 peratus lagi kaum lain.

Daripada jumlah itu, seramai 39,362 ialah pengundi biasa, 238 anggota tentera dan pasangan, 625 anggota polis dan seorang pengundi tidak hadir luar negara.

Sementara itu exco Selangor yang dihubungi Malaysiakini, V Papparaidu, mengesahkan wujud cubaan pihak tertentu menggerakkan kempen memboikot PH dalam PRK ini.

"Ini jelas salah dan bertentangan dengan perlembagaan persekutuan," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, sebuah NGO yang pernah bekerjasama dengan PH satu ketika dulu secara terbuka meminta pengundi India merosakkan undi masing-masing semasa PRK tidak lama lagi.

Presiden Pertubuhan Rapat Aman Malaysia A Rajaretinam berkata tindakan itu adalah sebagai cara menghantar mesej rasa tidak puas hati mereka kepada kerajaan pusat khususnya DAP.

"Kami cuma nak beritahu, DAP perlu dikalahkan dan undi kita tidak seharusnya menguntungkan parti fanatik agama.

"Orang India mesti pergi ke pusat mengundi dan memberi 'hadiah' kepada DAP dan buat undi rosak," katanya kepada Malaysiakini.

Menurut Rajaretinam lagi, pertubuhan itu menyasarkan 5,000 kertas undi dirosakkan pada 11 Mei nanti.

"Dengan 5,000 undi rosak akan menghantar mesej yang jelas kepada kerajaan agar tidak bermain politik dengan masyarakat India.

"Ingat ini adalah PRK untuk kerusi DUN. Kekalahan DAP tidak akan mengubah kedudukan kerajaan negeri, cuma ada mesej keras dihantar masyarakat India.

"Lakukan ini dan orang India akan mempunyai kuasa rundingan yang kuat pada masa depan," katanya.

Selepas kejayaan ‘Misi Gila’, satu persatu kes PMX timbul

Harapandaily
Selepas pengakuan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman bahawa Perdana Menteri merupakan watak utama dalam ‘Misi Gila’ yang membawa keluar keluarganya dari Gaza, satu persatu kebaikan Datuk Seri Anwar Ibrahim didedahkan.

Seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama akaun, Masjid AlBarakah berkongsikan kisah bagaimana PMX membantu membebaskan seorang penuntut di Timur Tengah yang dipenjarakan.

“Beliau (Anwar) adalah insan yang berjiwa manusiawi.

“Sebaik sahaja saya menamatkan khidmat di Universiti Taibah Madinah Arab Saudi, seorang pelajar PhD Malaysia dalam bidang al-Quran Universiti Islam Madinah telah ditahan.

“Dia dipenjara atas tuduhan kesalahan yang beliau tidak lakukan.

“Beberapa pelajar menghubungi saya untuk mendapatkan bantuan DSAI yang ketika itu hanyalah Ketua Pembangkang.

“Pada hemat kami DSAI mempunyai hubungan hubungan akrab dengan Gabenor Madinah,” ceritanya.

Beliau menyambung mereka kemudian mendapat ‘link’ untuk mengetengahkan kes itu kepada Anwar melalui Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) yang juga bekas menteri, Almarhum Datuk Seri Salahuddin Ayub.

“DSAI kemudian diberi taklimat berkenaan kes itu termasuk di mana pelajar itu dipenjarakan.

“DSAI dengan tenang menjawab, “insyaAllah ana bantu”.

“Kami pun terpinga-pinga, bantuan apakah.

“Selang beberapa hari, sahabat kita itu dibebaskan dari tahanan dan menyambung kembali pengajian PhD dalam bidang al-Quran dengan cemerlang.

“Kini, beliau seorang pensyarah di salah sebuah IPTS di utara Malaysia.

“Itulah DSAI yang mulia jiwanya,” ujar individu berkenaan.

Bayi meninggal dunia selepas diberi 'makan' cahaya matahari

Agensi
MAXIM Lyutyi. FOTO Agensi
MAXIM Lyutyi. FOTO Agensi
Moscow: Penggemar makanan mentah radikal di Rusia dihukum penjara lapan tahun kerana didapati bersalah membunuh bayi lelakinya yang berusia sebulan, dengan memberi mangsa 'makan' cahaya matahari dan bukannya makanan sebenar.

Metro UK melaporkan, mahkamah diberitahu Maxim Lyutyi, 43, yang juga pempengaruh di Rusia mahu bayi lelakinya, Kosmos, menjadi seperti adiwira Superman, dengan mendedahkan anaknya itu kepada cahaya matahari.

Malangnya, bayi yang baru lahir itu meninggal dunia akibat radang paru-paru dan kurus kering ketika dalam perjalanan untuk berjumpa doktor di Sochi, bandar peranginan Laut Hitam di Krasnodar.

Lyutyi mempunyai hampir 60,000 pengikutnya di Instagram.

Kosmos dilahirkan di rumah kerana Lyutyi enggan membenarkan ibu kanak-kanak lelaki itu, Oksana Mironova bersalin di hospital.

Lyutyi kemudian membuatkan bayi itu menjalani diet 'prana' vegan yang ketat berdasarkan makanan seperti buah beri yang kononnya mempunyai kesan positif pada tenaga rohani badan.

Lebih ekstrem lagi apabila Lyutvi membesarkan anaknya dengan kaedah dikenali 'breatharianism' iaitu bertahan dengan cahaya matahari sahaja.

Lyutyi dikatakan mahu bereksperimen dengan tidak memberi makan, sebaliknya mendedahkan anaknya kepada matahari semata-mata

Mahkamah juga diberitahu Lyutyi menolak ubat konvensional dan menyiram Kosmos dalam air sejuk untuk menguatkan badan bayi itu.