"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Selepas kejayaan ‘Misi Gila’, satu persatu kes PMX timbul

Harapandaily
Selepas pengakuan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman bahawa Perdana Menteri merupakan watak utama dalam ‘Misi Gila’ yang membawa keluar keluarganya dari Gaza, satu persatu kebaikan Datuk Seri Anwar Ibrahim didedahkan.

Seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama akaun, Masjid AlBarakah berkongsikan kisah bagaimana PMX membantu membebaskan seorang penuntut di Timur Tengah yang dipenjarakan.

“Beliau (Anwar) adalah insan yang berjiwa manusiawi.

“Sebaik sahaja saya menamatkan khidmat di Universiti Taibah Madinah Arab Saudi, seorang pelajar PhD Malaysia dalam bidang al-Quran Universiti Islam Madinah telah ditahan.

“Dia dipenjara atas tuduhan kesalahan yang beliau tidak lakukan.

“Beberapa pelajar menghubungi saya untuk mendapatkan bantuan DSAI yang ketika itu hanyalah Ketua Pembangkang.

“Pada hemat kami DSAI mempunyai hubungan hubungan akrab dengan Gabenor Madinah,” ceritanya.

Beliau menyambung mereka kemudian mendapat ‘link’ untuk mengetengahkan kes itu kepada Anwar melalui Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) yang juga bekas menteri, Almarhum Datuk Seri Salahuddin Ayub.

“DSAI kemudian diberi taklimat berkenaan kes itu termasuk di mana pelajar itu dipenjarakan.

“DSAI dengan tenang menjawab, “insyaAllah ana bantu”.

“Kami pun terpinga-pinga, bantuan apakah.

“Selang beberapa hari, sahabat kita itu dibebaskan dari tahanan dan menyambung kembali pengajian PhD dalam bidang al-Quran dengan cemerlang.

“Kini, beliau seorang pensyarah di salah sebuah IPTS di utara Malaysia.

“Itulah DSAI yang mulia jiwanya,” ujar individu berkenaan.

Tiada ulasan: