"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

AP Bandar Kuching Sasaran Bom Petrol

KUCHING: Anggota Parlimen Bandar Kuching, Chong Chieng Jen terkejut bila mendapati botol-botol bom api "molotov cocktail" dilempar ke perkarangan rumahnya di Jalan Nyiur, cabangan Jalan Tabuan di sini.

Beliau percaya kejadian itu mempunyai motif politik kerana lantang bersuara atas isu membabitkan kepentingan awam.

Naib pengerusi DAP yang juga ADUN Kota Sentosa itu berkata beliau menyedari kejadian itu pagi ini bila pembantu rumahnya menemui botol-botol yang pecah, minyak tanah dan kain yang terbakar di halaman rumahnya.

Ibu bapa Chong, isteri dan tiga orang anak mereka dan dua pembantu rumah berada di rumah itu semasa kejadian. Tidak ada sesiapa cedera.

"Saya tidak menolak kemungkinan kejadian itu bermotif politik untuk menakut-nakutkan saya dari menjalankan tugas sebagai wakil rakyat," katanya.

"Kejadian ini tidak melemahkan semangat saya untuk meneruskan perjuangan politik saya," katanya kepada pemberita.

Beliau membuat aduan polis di pusat sehenti polis Kuching di Jalan Simpang Tiga di sini pada 8.00 pagi.

OCPD Kuching ACP Wong Wai Loong berkata polis sedang menyiasat kejadian itu.

-TVAntara.com.my-

Tiada ulasan: