"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Hilang Van ketika Muktamar

Basiron Abd Wahab

TEMERLOH, 9 Jun (Hrkh) � Perwakilan PAS , Ustaz Murad Mustapha 42, menerima musibah apabila kehilangan sebuah Van semasa menghadiri Muktamar PAS ke -55 di Shah Alam, baru-baru ini.

Menurutnya, beliau menyedarinya kenderaannya hilang sebaik sahaja keluar dari dewan muktamar kira-kira jam 4 .30 petang kelmarin (7 Jun lalu) .

Kenderaan jenis Van Nissan C-22, nombor pendaftaran CAC 8311 berwarna kuning air itu di letakan dikawasan tempat letak kereta Stadium tempat Muktamar berlangsung.

Antara yang hilang termasuk sebuah Komputer riba, telefon bimbit dan pakaian milik beliau serta enam rakanya yang menaiki Van yang sama.

Kejadian itu telah dilaporkan di balai polis berhampiran pada hari kejadian.

Murad yang juga Ketua Lajnah Tarbiah PAS kawasan merayu kepada sesiapa yang ternampak Van berkenaan segera menghubungi balai polis berhampiran atau menghubunginya di talian 019-9062055.


Tiada ulasan: