"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Karenah ahli parti lebih mencabar - Adun Sijangkang

Harakahdaily

SIJANGKANG, 8 Jun (Hrkh) - Menghadapi karenah ahli parti lebih mencabar jika dibandingkan dengan masalah atau karenah masyarakat di Dun Sijangkang, demikian luahan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan terbabit, Dr Ahmad Yunus Hairi.

Katanya, memandangkan Pakatan Rakyat khususnya PAS tidak pernah memerintah tiba-tiba diberi kemenangan, maka cabaran utama yang dihadapi adalah daripada ahli parti.

Walaupun beliau cuba memberikan khidmat yang terbaik namun adakalanya masih dipertikaikan oleh ahli parti kerana ada di antara mereka yang mahukan jawatan dan imbuhan.

"Ada di kalangan ahli parti yang tidak diberi jawatan dan mereka rasa terpinggir. Sedangkan kita tidak berniat untuk meminggirkan mereka dan ini adalah cabaran yang berat," jelasnya.

Walaupun menerima cabaran daripada dalam parti namun beliau tetap meneruskan khidmat terhadap masyarakat tanpa mengira fahaman politik, bangsa dan agama.

"Saya tidak menghadapi masalah untuk bertemu dengan masyarakat di Sijangkang. Dalam program karnival yang kami adakan ramai kaangan ahli Umno hadir," katanya.

Begitu juga tambah beliau dalam program kemasyarakatan ramai orang India dan Cina boleh duduk bersama.

Katanya, tidak ada masalah untuk menjalankan tugas sebagai Adun tetapi untuk masuk ke sekolah-sekolah ditadbir Kementerian Pelajaran masih mengalami halangan.


Tiada ulasan: