"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pas tidak perlu lagi bertanding di Johor

AMNI JAGAT

Pas Johor dicadangkan untuk tidak bertanding di Johor dan hanya perlu menjadi pengikut taat setia kepada kerajaan yang akan dibentuk.

Menurut Ahli Jawatankuasa Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Azhar Ismail berkata demikian selepas mengulas berkenaan perlantikkan Ketua Kampung yang dikatakan menyisihkan ahli dari komponen Perikatan Nasional (PN).

Ujarnya lagi, Pas bukanlah sebuah parti yang berfungsi baik dalam negeri ini dan sekaligus ia tidak mendatangkan faedah kepada negeri ini.

“Apa sumbangan Pas di Johor ini? Lebih baik Pas buat keputusan untuk tidak bertanding pada PRU akan datang di Johor ini.

“Sehingga kini Pas tidak ada sebarang sumbangan langsung kepada pembangunan negeri. Apa yang mereka tahu sibuk mencatur siapa Ketua Kampung, siapa Ahli Majlis dan pelbagai lagi lantikan politik.

“Satu Dun yang Pas menangi itu akan diisi oleh parti Bersatu yang mana sebelum ini Pas menang pun disebabkan kegagalan calon Bersatu untuk bertanding di situ,” ujarnya.

Beliau turut membayangkan bahawa pada PRU 15 nanti Pas akan dibuli oleh rakan mereka dari gabungan yang mereka sertai.

“Jangkaan saya Pas akan terhapus dalam PRU 15 nanti kerana mereka tidak dikenali di negeri ini selepas mereka tidak memberi fungsi di negeri ini.

“Itulah nasib Pas sedangkan hari ini ketika Pas ada satu Dun penentu pun tetap dipandang sepi oleh rakan mereka.

“Saya nasihatkan Pas lebih baik berhenti dari terus berpolitik di Johor ini serta mengambil tindakan untuk tidak bertanding di negeri ini pada masa akan datang,” ujarnya lagi.

Tiada ulasan: