"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Gara-gara ‘Siaran Langsung’, Muhyiddin yang kena kutuk

MALAYSIA DATELINE

 

Gara-gara TV3 meletakkan ‘Siaran Langsung’ kepada wawancara khas dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin malam tadi menyebabkan orang ramai mempermainkan perdana menteri Kerajaan Perikatan Nasional itu.

Mereka menggunakan gambar jam tangan Muhyiddin yang ketika menunjukkan jam 12.30 sedangkan siaran langsung itu berlaku pada jam 9.00 serentak di RTM dan juga TV3.

“Jadi benarlah bicara khas eksklusif bersama PM semalam bukan siaran langsung tapi rakaman? Hmm,” tulis seorang netizen mengulas isu tersebut.

Bukan setakat itu sahaja, karikatur mengenai perkara itu juga dibuat bagi menyerang Perdana Menteri.

“Mahu Jam Ajaib? Mampu mengundurkan masa 3 jam ke belakang.

Tahan maki (Boleh panggil bodoh) dan boleh kalahkan rambutan.

“Sila hubungi Rina Doraemon. Stok terhad,” tulis karikatur itu.

Dalam wawancara itu semalam, Muhyiddin berkata, beliau sedia dimaki hatta dikatakan bodoh oleh orang ramai kerana kerja yang beliau lakukan itu sememangnya susah.

Semalam, satu lagi tanda pagar menjadi trending dalam Twitter, #KerajaanBodoh berbanding sebelum ini #KerajaanGagal.

Laporan berita bahawa Muhyiddin menjadi ahli politik palinng popular juga menjadi guarauan orang ramai apabila seorang pengguna Twitter membuat undian siapa lebih popular antara Muhyiddin dnegan rambutan.

Undian itu mendapati, rambutan mendapat 96 peratus sokongan manakala Muhyiddin hanya mendapat 4 peratus sahaja.

Tiada ulasan: