"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pelakon Kamal Adli parah diserang lelaki tak dikenali Di Singapore

Syafil Syazwan Jefri

syafil.syazwan@hmetro.com.my

Uqasha berkongsi keadaan cemas dialami Kamal menerusi media sosial

Uqasha berkongsi keadaan cemas dialami Kamal menerusi media sosial

Kuala Lumpur: Pelakon Kamal Adli mengalami cedera parah didakwa akibat diserang oleh individu tidak dikenali, di Singapura, malam tadi. 

Isteri juga pelakon, Uqasha Senrose ketika dihubungi berkata, insiden tidak diduga berkenaan disifatkan berlaku dalam sekelip mata ketika mereka sedang berada pada satu acara karnival jualan di negara jiran itu. 

"Kami ada acara ekspo di Singapura. Hari ini adalah hari terakhir dan kami dah nak selesai. Lebih kurang jam 10 malam, ada seorang makcik nak bergambar di kerusi roda. 

"Saya dan suami bergambar dengan makcik itu. Tiba-tiba, ada seorang lelaki datang dan bertanya, Kamal mana. 

"Kami fikir, dia peminat. Kamal tegur dia, tiba-tiba dia keluarkan cota dari poket. Dia pukul berkali-kali belakang kepala Kamal. 

"Darah berjurai di baju. Apabila Kamal angkat kepala, dia pukul di tulang pipi. Kemudian berkali-kali di badan dan dia pun ada senjata tajam," katanya. 

Ditanya mengenai keadaan Kamal pada masa ini, Uqasha memaklumkan bahawa suaminya perlu menjalani pembedahan kerana luka yang besar dan panjang. 

"Saya sedih kerana Kamal perlu jalani pembedahan, sebab belakang kepala luka panjang. Mungkin, dia kena ditidurkan. 

"Saya tak boleh nak masuk bilik pembedahan sekarang. Cuma boleh buat laporan polis di Singapura," katanya. 

Uqasha juga meluahkan kerisauannya apabila dia dan adik beradiknya turut menerima ugutan daripada individu itu. 

"Bila dia dah ditangkap oleh orang awam, dia berikan beberapa alasan antaranya, konon dia dihantar oleh satu pihak. Kemudian, katanya dia ada isu peribadi dengan Kamal dan bila ditanya lagi, dia beritahu bahawa dia cemburu apabila Kamal berkahwin dengan saya. 

"Yang menjadi kerisauan kami, dia sempat memberikan ugutan kepada kami. Katanya, dia ingat wajah kami termasuk adik beradik saya dan akan menanggung akibatnya. 

"Kalau dia ada cota dan senjata tajam, tak mustahil dia ada senjata api juga. Depan polis pun dia berani berikan ugutan," katanya. 

Terdahulu, Uqasha memuat naik video pendek di Instagram, memaparkan dirinya sedang menangis di hospital dengan keterangan, memohon doa daripada orang ramai buat suaminya. 

Tiada ulasan: