"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

‘Ibu ayam’ ditahan sejurus pulang dari haji

KOSMO!
HH menyembunyikan kegiatan pelacuran di sebalik perniagaan kedai makan. – Kompas
JAKARTA – Seorang wanita di Malinau, wilayah Kalimantan Utara diberkas polis sejurus pulang daripada mengerjakan ibadah haji di Tanah Suci Mekah kerana terlibat dalam kegiatan pelacuran dengan menjadi ‘ibu ayam’ lapor laman berita Kompas hari ini.

Suspek berusia 45 tahun dikenali sebagai HH dikatakan terlibat dalam kegiatan tersebut dengan memperdayakan gadis-gadis.

Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Malinau, Iptu Wisnu Bramantyo, suspek yang menyembunyikan kegiatan haram itu di sebalik perniagaan kedai makan, turut menjual minuman keras dan membuka bilik pelacuran di premis yang sama.

“Selain menjual nasi, suspek turut menjual minuman beralkohol. Polis bahkan mendapati terdapat tiga bilik dijadikan lokasi berlakunya kegiatan pelacuran yang dipasang dengan pagar tinggi,” kata Iptu.

Selain itu, suspek dikatakan mengumpan mangsa-mangsa sekitar umur 25 hingga 30 tahun dengan menjanjikan pekerjaan bergaji lumayan dengan menanggung penuh perbelanjaan mereka dari Pulau Jawa.

“Sejurus tiba di Malinau, tiada pekerjaan seperti yang dijanjikan. Suspek malah mencatatkan semua perbelanjaan yang dikeluarkan sebagai hutang dengan kadar faedah berganda.

“Mangsa dipaksa membayar ‘hutang’ tersebut dengan cara menjual diri kepada lelaki ‘hidung belang’,” jelas Iptu. – AGENSI 

Tiada ulasan: