"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PKR tanding 58 kerusi antaranya 20 di Selangor, Kedah (10), Negeri Sembilan (6), Kelantan (6), Terengganu (3), dan 13 di Pulau Pinang

FMT Reporters

KUALA LUMPUR: PKR mempertaruhkan 58 calon pada PRN enam negeri 12 Ogos ini.

Parti itu mempertaruhkan 20 calon di Selangor, 6 di Negeri Sembilan, dan 13 di Pulau Pinang, negeri-negeri ditadbir oleh kerajaan perpaduan.

Di Kedah, yang diperintah Perikatan Nasional (PN), PKR bertanding di 10 kerusi; 6 di Kelantan; dan 3 di Terengganu.

Sekutunya, DAP dan Amanah dijangka mengumumkan calon masing-masing tidak lama lagi.

Calon-calon yang disahkan bertanding terdiri daripada:

Selangor
  1. Permatang – Mohd. Yahya Mat Sahri
  2. Bukit Melawati – Thiban Subramaniam
  3. Ijok – Amidi Abdul Manan
  4. Rawang – Chua Wei Kiat
  5. Sungai Tua – Amirudin Shari
  6. Hulu Kelang – Juwairiya Zulkifli
  7. Bukit Antarabangsa – Mohd Kamri Kamaruddin
  8. Lembah Jaya – Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad (Altimet)
  9. Kajang – David Cheong
  10. Seri Setia – Fahmi Ngah
  11. Taman Medan – Ahmad Akhir Paw
  12. Bukit Lanjan – Phua Pei Lei
  13. Paya Jaras – Khairuddin Othman
  14. Kota Damansara – Amin Yazid
  15. Kota Anggerik – Najwan Halimi
  16. Sementa – Erni Afrishah Azizi
  17. Pelabuhan Klang – Azmizam Zaman Huri
  18. Sentosa – Gunarajah R George
  19. Sungai Kandis – Zawawi Ahmad Mughni
  20. Tanjong Sepat – Borhan Aman Shah
Pulau Pinang
  1. Pinang Tunggal – Zainuddin bin Mohd
  2. Telok Ayer Tawar – Mohsin Md Sharif
  3. Seberang Jaya – Johari Kassim
  4. Penanti – Ust Rohsidi b Hussin
  5. Machang Bubok – Lee Khai Loon
  6. Bukit Tengah – Gooi Hsiao Leung
  7. Bukit Tambun – Goh Choon Aik
  8. Sungai Bakap – Norhidayah Che Ros
  9. Kebun Bunga – Lee Boon Heung
  10. Batu Uban – Kumaresan Arumugam
  11. Pantai Jerejak – Fahmi Zainol
  12. Batu Maung – Dr Mohd Abdul Hamid
  13. Pulau Betong – Tuah Ismail
Kelantan
  1. Pasir Pekan – Zamansari Ibrahim
  2. Panchor – Syed Mohd Alidustur
  3. Chetok – Izzat Hanuzi
  4. Pasir Tumboh – Aina Naziratul Aini Sayuty
  5. Limbongan – Dr Samsuddin Abdul Ghani
PKR turut akan bertanding di DUN Kota Lama, Kelantan, namun calonnya akan diumumkan kemudian.

Tiada ulasan: