FMT Reporters
Presiden Gerakan Dominic telah memadam ciapannya yang mengundang kemarahan warganet, berhubung PRK Pulai. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Warganet mengecam Presiden Gerakan Dominic Lau atas ciapannya yang dikatakan tidak sensitif susulan kematian Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Salahuddin Ayub.
Salahuddin juga merupakan Ahli Parlimen Pulai dan Adun Simpang Jeram.
Lau didakwa menghantar ciapan di Twitter: “Kalau saya tanding PRK Pulai OK tak?”
Pengguna media sosial pantas mengecam senator itu atas ciapan tersebut, yang kini telah dipadam.
Warganet menuduh timbalan pengerusi Perikatan Nasional itu tidak sensitif apabila menghantar ciapan tersebut, dengan @dochelmy menyifatkan tindakan Lau itu “menjelikkan”, sedangkan belum 24 jam pun berlalu selepas Salahuddin meninggal dunia.
Sementara itu, @JustinTWJ dalam ciapannya berkata, sikap Lau itu sesuai dengan “nama sebenar” parti itu, “Gelakan”.
“Presiden parti badut,” katanya, mengejek.
Seorang lagi pengguna, @bumilangit, menyiarkan tangkapan skrin ciapan Lau yang telah dipadam, dengan berkata: “Kau ingat kau padam masalah boleh selesai ke?”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan