Joel Shasitiran
PETALING JAYA: Pemimpin Amanah Khalid Samad sebelum ini antara individu yang lantang mengkritik Umno, namun hari ini beliau menamakan Umno antara parti Melayu terbaik di negara.
Khalid yang juga Pengarah Komunikasi Amanah berkata Umno berkongsi pandangan yang sama seperti Pakatan Harapan (PH) dalam politik iaitu untuk mentadbir dan menyelesaikan masalah rakyat.
“Parti Melayu ada tiga yang benar-benar berdiri di atas nama parti Melayu. Antara yang tiga ni, kita lihat yang terbaik adalah Umno.
“Kerana paling kurang dia (Umno) faham politik itu untuk apa. Mereka telah berjasa, sekian lama,” katanya dalam satu ceramah PH di Shah Alam.
Beliau tidak menamakan dua lagi parti Melayu itu tetapi difahamkan ia dituju kepada PAS dan Bersatu.
Khalid pada awal tahun ini mencetuskan kemarahan Umno apabila menggesa permohonan pengampunan bekas presiden Umno Najib Razak ditolak.
Kenyataan itu menyebabkan Umno Kelantan mengancam untuk menamatkan kerjasama dengan Amanah pada PRN akan datang. Khalid adalah ketua Amanah Kelantan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan