"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kelantan: Polis tahan empat penjawat awam

Syaherah Mustafa
bhnews@bh.com.my

KOTA BHARU: Empat penjawat awam termasuk dua anggota polis antara 1,072 tahanan yang ditangkap melalui Ops Bersepadu dan Ops Bersepadu Sempadan yang dijalankan bermula 1 April sehingga semalam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata semua suspek yang bekerja sebagai penjawat awam berusia 34 sehingga 54 tahun dan ditahan di Tumpat, Bachok dan Pasir Mas.

"Seorang anggota polis yang terbabit ditahan pada 4 April di ibu pejabat polis daerah (IPD), manakala seorang lagi pada 6 April lalu, di Lubok Setol, Pasir Mas.

"Dua lagi suspek masing-masing bekerja di Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Pertahanan. Hasil ujian saringan air kencing mendapati keempat-empat suspek positif dadah jenis Methamphetamine.

"Kes membabitkan penjawat awam terbabit akan disiasat mengikut Seksyen 39A(2), Seksyen 39A(1) dan Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya hari ini.

Muhamad Zaki berkata, melalui Ops Bersepadu dan Ops Bersepadu Sempadan itu, pihaknya merampas pelbagai jenis dadah seperti pil yaba, heroin, ganja, syabu serta air dan daun ketum bernilai lebih RM242,000.

"Semua 1,072 tahanan membabitkan 1,051 lelaki dan 21 wanita berusia antara 17 sehingga 59 tahun," katanya.

Tiada ulasan: