"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bapa ditahan disyaki dera bayi 6 bulan hingga maut

FMT Reporters

PETALING JAYA: Seorang bayi lelaki berusia enam bulan maut disyaki didera bapa kandungnya di sebuah pangsapuri di Bandar Tasik Kesuma, Beranang, Kajang selepas bedah siasat mendapati kesan kecederaan pada kepala mangsa.

Timbalan Ketua Polis Kajang Muhamad Nasir Drahman berkata polis menerima laporan bapa mangsa berusia 25 tahun pada 8.52 pagi Isnin lalu.

Katanya, suspek mendakwa anaknya tidak sedarkan diri di rumah.

“Hasil pemeriksaan awal, tiada kecederaan pada badan mangsa dan mayat bayi itu dihantar ke Unit Forensik Hospital Kajang untuk bedah siasat,” katanya menurut Harian Metro.

Menurutnya, hasil bedah siasat mendapati kesan kecederaan pada mayat bukan disebabkan kemalangan, tetapi perbuatan jenayah, justeru suspek ditahan di perkarangan Unit Forensik hospital pada 11.30 malam kelmarin.

“Ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis syabu,” katanya sambil menambah suspek direman tujuh hari hingga 22 April ini untuk disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Orang ramai mempunyai maklumat lanjut diminta menghubungi pegawai penyiasat S Vekram di talian 019-4737108 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Tiada ulasan: