"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki maut dengan 10 tetakan, 1 suspek ditahan

FMT Reporters

PETALING JAYA: Seorang lelaki ditahan polis Miri bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat dengan 10 kesan tetakan, dalam kejadian di Lakeshore, Senadin, semalam.

Ketua Polis Miri, Alexson Naga Chabu, berkata mangsa yang identitinya dikenali sebagai Lah Wan, ditemui dalam keadaan tertiarap oleh orang awam sekitar 9.03 pagi.

Katanya, lelaki berbangsa Kayan yang berusia 57 tahun itu disyaki diserang menggunakan objek tajam.

“Mangsa pada awalnya diklasifikasi mati mengejut di tempat kejadian.

“Namun, pemeriksaan lanjut menemui enam kesan tetakan di bahagian kepala, dua kesan tetakan pada tapak tangan kanan, satu tetakan pada bahagian belakang badan serta satu kesan tetakan pada lutut sebelah kiri,” katanya, menurut Astro Awani.

Beliau berkata, suspek berusia sekitar 30an itu ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 302 kerana membunuh.

Difahamkan, polis masih menyiasat motif kejadian dan senjata yang digunakan suspek.

Tiada ulasan: