"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Suspek kes tembak di KLIA ditahan di Kota Bharu

FMT Reporters

PETALING JAYA: Suspek kes tembak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 ditahan di Kota Bharu, Kelantan.

Ketua Polis Negara Negara, Razarudin Husain, berkata suspek Hafizul Harawi, 38, ditahan kira-kira 3 petang tadi.

Beliau berkata, maklumat lengkap mengenai penahanan suspek belum diperoleh namun memaklumkan lelaki itu ditahan di sebuah rumah sewa di Kelantan.

“Satu sidang media mengenai perkara itu akan diadakan oleh pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman atau ketua polis Kelantan dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi.

Dalam kejadian di Balai Ketibaan KLIA kira-kira 1.30 pagi semalam, seorang pengawal peribadi parah selepas terkena satu daripada dua das tembakan dilepaskan suspek.

Siasatan lanjut polis mendapati suspek sebenarnya mahu melepaskan tembakan ke arah isterinya yang dipercayai sedang menunggu kepulangan jemaah umrah.

Polis berkata, siasatan awal menunjukkan motif kejadian akibat masalah peribadi antara pasangan itu yang memiliki sebuah agensi pelancongan serta dikatakan dalam proses bercerai, dengan mangsa dipercayai di peringkat awal kehamilan.

Dalam kejadian itu, suspek pada mulanya melempar mercun sehingga mencederakan dua orang awam, sebelum menghampiri mangsa yang diiringi dua pengawal peribadi dan melepaskan dua tembakan pada jarak 3m hingga 4m.

Tiada ulasan: