"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pelajar tingkatan satu hamil disyaki angkara abang kandung

N Faizal Ghazali

Seorang pelajar tingkatan satu didapati hamil disyaki angkara perbuatan sumbang mahram oleh abang kandungnya sendiri.

Pemangku Ketua Polis Kelantan DCP Muhamad Zaki Harun berkata, pihaknya menerima laporan kejadian kes itu daripada doktor yang bertugas di Hospital Kajang, Selangor, kelmarin.

"Kira-kira jam 2.00 petang semalam pengadu (doktor) bertugas di bahagian kecemasan Hospital Kajang, Selangor, telah terima seorang pesakit perempuan (mangsa) yang mengadu sakit di bahagian perut.

"Semasa pemeriksaan ke atas mangsa dijalankan, doktor mendapati mangsa telah disahkan mengandung 26 minggu," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Mengulas lanjut katanya, siasatan awal mendapati mangsa berusia 13 tahun itu bersekolah di sebuah sekolah menengah, di Kota Bharu, di Kelantan.

"Mangsa menyatakan melakukan hubungan seks bersama abang kandungnya beberapa kali. Kejadian berlaku tanpa pengetahuan ibu bapa mereka.

"Bertindak atas laporan dan maklumat yang diterima pihak polis berjaya menahan suspek di Kampung Beta Hulu Kadok, Kota Bharu, kira-kira jam 2.51 petang, semalam," kata Muhamad Zaki.

Jelasnya lagi, suspek berusia 21 tahun yang bekerja sebagai petani dan mempunyai rekod kesalahan lampau berkait kes dadah.

"Suspek didapati negatif ujian saringan air kencing dan direman selama tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut, manakala kes disiasat di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan," jelasnya.

Sementara itu susulan peningkatan kes jenayah seksual di kalangan pelajar sekolah Muhamad Zaki berkata, pihaknya menyeru kepada golongan ibu bapa, ahli keluarga dan juga semua guru untuk memberikan perhatian keselamatan kepada anak-anak di persekitaran masing-masing serta mengambil cakna mengenai isu tersebut.

"Pihak polis juga menggesa masyarakat untuk memberikan kerjasama menyalurkan maklumat terhadap segala perlakuan dan kegiatan jenayah di negeri ini," tegasnya.

Anak Zahid Hamidi ‘meletup’ jadi bualan warganet

FAZLI RADZI

Anak Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Nurulhidayah hari ini ‘meletup’ jadi bualan warganet di Twitter ekoran pandangannya mengenai wanita tidak dilahirkan untuk menjadi pemimpin.

Dalam masa sama, pengucapan bahasa Inggeris wanita yang pernah beberapa kali mengundang kontroversi umum itu juga dikecam kerana dianggap ‘ke laut’.

Antaranya, dia juga terpalit dengan kes remaja Sindrom Down, Bella dan menepis dakwaan bahawa keluarganya melindungi pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali.

Kali ini, Nurulhidayah menarik perhatian netizen sehingga namanya sohor kini di Twitter dengan lebih 4,000 ciapan setakat pukul 4 petang tadi.

Namanya disebut orang ramai ekoran komentar anak Presiden Umno itu dalam program ‘Politically Frank’ terbitan berbahasa Inggeris, Sinar Daily.

Susulan pendapatnya bahawa “women are not born to be leaders”, beberapa parti politik juga tampil memberi reaksi termasuk Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA).

Menurut Pengerusi Biro Keluarga & Gen MUDA, Ainie Haziqah kenyataan Nurulhidayah itu merendahkan martabat wanita apa lagi datang daripada seorang wanita yang juga ibu dan mempunyai anak perempuan.

Ainie juga menyifatkan pendapat tidak bertanggungjawab dan dangkal itu seolah-olah memberi isyarat bahawa wanita masih tidak diiktiraf menjadi pemimpin di negara ini selepas sekian lama wanita di negara ini didiskriminasi daripada segi kesamarataan gaji, pendidikan, isu rumah tangga, kebebasan bersuara dalam politik dan banyak lagi.

Reaksi lebih tajam lagi tentunya daripada warga Twitter. Bagi @nursyahirahoo, dia mengakui terhibur bercampur tertekan menonton sedutan rakaman video berdurasi 24 saat yang menunjukkan Nurulhidayah sedang bertutur dalam bahasa Inggeris itu.

“Saya tengok video tu dua, tiga kali rasa stres tapi terhibur. Tak boleh brain level English dia tu. Sekolah rendah kids can do better, sorry not sorry,” katanya.

Sementara itu, @stargenx pula secara menyindir memberi ‘jawapan’ mengapa anak Zahid yang juga Pengarah Eksekutif Menara Rezeki Sdn. Bhd. itu tidak disukai semua orang.

“Kenapa semua orang benci pada Nurul Zahid? She is pure comedy. Saya tonton semula video itu 10 kali dan ia masih kelakar,” katanya.

Berikut lagi antara deretan kecaman dan sindiran terhadap anak Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu:

Dr Dzulkefly Ahmad tak mahu bertanding PRU15

2 penggal sudah cukup, tiba masanya beri ruang kepada pemimpin muda, kata Dr Dzul

MALAYSIA DATELINE

Dr Dzulkefly Ahmad menyifatkan dua penggal memegang kerusi Parlimen Kuala Selangor sudah cukup baginya dan mahu memberi ruang kepada pemimpin muda pada PRU15 ini.

Beliau yang juga Pengarah Strategik AMANAH berkata keputusannya itu sudah dimaklumkan kepada pimpinan parti.

“Saya sudah dua penggal di Parlimen dan 22 bulan sebagai menteri. Saya harap saya boleh lakukan lebih banyak lagi.

“Setakat ini apa yang saya bimbang ia sudah selesai. Ia sudah pun berakhir.

2 penggal sudah cukup, tiba masanya beri ruang kepada pemimpin muda, kata Dr Dzul

Dr Dzulkefly sebagai Menteri Kesihatan ketika pentadbiran 22 bulan Pakatan Harapan

“Dalam kes ini ia akan memberikan perubahan kepimpinan yang konsisten dan berterusan serta inilah yang hilang dalam politik Malaysia,”katanya seperti dipetik The Malaysian Insight.

Menurut Dr Dzul selepas ini beliau ingin memainkan peranan lebih penting dalam membentuk pemimpin muda di Malaysia.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Bangi Ong Kian Ming turut membuat keputsan juga tidak hasrat untuk kerusinya pada PRU akan datang.

Dr Dzul mula menjadi ahli parlimen setelah menang di Kuala Selangor pada PRU 2008. Dia kemudian tewas di tangan calon BN Irmohizam Ibrahim pada PRU dengan perbezaan 460 undi sebelum kembali merampas semula kerusi itu pada PRU14 lalu dengan majoriti.

Dia turut dilantik menjadi menteri kesihatan sehingga kejatuhan kerajaan PH pada Februari 2020