"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

UBN Najib Altantuya: Penasihat Undang-undang Magaran bukan ahli PAS

Irwan Muhammad Zain

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Hrkh) - Penasihat Undang-undang Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran) - gabungan lebih 50 NGO yang menyokong Akta ISA - Mohd Khairul Azam Abdul Aziz bukan ahli PAS seperti didakwanya tegas Setiausaha Agung PAS Dato' Mustafa Ali.

Mustafa menjelaskan semakan menunjukkan pemimpin Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM) itu bukan ahlinya dan tiada rekod menunjukkan penyokong ISA itu ahli cawangan Sungai Ramal, Kajang.

"Kami (PAS) telah membuat semakan terhadap senarai daftar ahli dan telah merujuk ke cawangan PAS Sungai Ramal tetapi tiada rekod menunjukkan bahawa penasihat undang-undang Magaran (Mohd Khairul) ini ahli PAS.

"Saya sebagai Setiausaha Agung PAS menafikan dakwaan beliau yang mengakui sebagai ahli PAS," tegas Mustafa dalam satu sidang media khas di Pejabat Agong PAS Jalan Raja Laut, dekat sini pagi tadi.

Ditanya sama ada PAS akan menerima keahlian Mohd Khairul jika lelaki tersebut memohon untuk menjadi ahli, Mustafa menegaskan PAS menentang ISA dan sesiapa yang mahu menjadi ahli tidak boleh menyokong akta zalim tersebut.

Mohd Khairul Azam Abd Aziz yang gagal menyerahkan memorandum menyokong ISA pada 1 Ogos lalu dipetik sebagai berkata beliau akan menyaman PAS jika mengambil tindakan disiplin kerana menyokong akta tersebut.

Mengulas isu pengharaman penjualan arak di Selangor, Mustafa menegaskan tidak ada polisi khusus yang mengharamkan penjualan minuman beralkohol disetaip negeri termasuk yang diperintah Pakatan Rakyat.

Malah tegas beliau, di negeri yang diperintah oleh PAS seperti Kelantan dan Kedah juga tiada larangan untuk menjual arak di kawasan-kawasan majoriti bukan Islam.

"Kita (PAS) sentiasa jaga sensitiviti semua kaum dan kita (PAS) buat kaedah tidak jual arak secara terbuka tetapi boleh jual jika kawasan itu majoriti penduduknya bukan Islam macam Petaling Street," tegas beliau.

Mustafa juga menegaskan PAS pusat tidak mencampuri urusan pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dan yakin dengan kebijaksanaan Tan Sri Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar untuk menyelesaikan masalah yang timbul.

Jelas beliau lagi, isu yang timbul di Selangor merupakan perkara biasa dan ia menunjukkan perbezaan antara Pakatan Rakyat yang mampu menyelesaikan masalah dengan segera berbanding Barisan Nasional (BN).

"Baru-baru ini di Kedah masalah antara DAP dan PAS tetapi sekejap sahaja sudah selesai. Ini bukti kita (Pakatan Rakyat) boleh selesai masalah dengan cepat. Perbezaan pendapat antara parti dan parti perkara biasa.

"Yang tidak boleh selesai masalah cuma Umno sahaja," tegas beliau.

Selain isu tersebut, Mustafa juga menjelaskan PAS Pulau Pinang akan menghantar nama tiga calon yang telah disenaraipendek untuk dinilai dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat 9 Ogos nanti bagi memilih calon untuk bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir.

Tiada ulasan: