"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

UBN Najib Altantuya: Jamaluddin diminta letak jawatan sebelum ke Amerika

Oleh Zukri Aksah

Kerajaan Barisan Nasional dicadangkan agar meminta Datuk Dr Jamaluddin Jarjis melepaskan jawatannya sebagai anggota Parlimen Rompin sebelum beliau berlepas ke Amerika Syarikat selepas dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke negara itu.Inilah pandangan umum bagi memastikan rakyat kawasan Rompin mempunyai wakil rakyat yang berkhidmat.

Baru ini Yang di-Pertuan Agong telah berkenan menyampaikan watikah perlantikan sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat yang bertaraf menteri kepada Jamaluddin.

Mohd Fadzli Ramly dari Dewan Pemuda PAS Pahang dalam responnya mengucapkan tahniah kepada Jamaluddin. Sebagai anak jati Rompin dan kenal baik dengan Jamaluddin, Fadzli secara peribadi gembira dengan perlantikan tersebut dan berharap agar beliau mampu menjalankan tugas barunya ini dengan baik.

Walau bagaimanapun, Fadzli dalam kenyataannya turut melahirkan kebimbangan dan kecurigaan atas perlantikan ini. Jamaluddin adalah Ahli Parlimen Rompin, timbul persoalan bagaimana Jamaluddin yang akan berpindah ke Amerika Syarikat boleh memastikan keberadaannya bersama rakyat Rompin yang diwakilinya, dalam keadaan beliau dan rakyat di parlimennya akan mempunyai dua lokaliti yang jauh berbeza? Jamaluddin yang diakui Fadzli memang jarang pulang ke Rompin sudah tentu selepas ini tidak akan menunjukkan muka langsung.

Dalam komennya, Fadzli juga berpendapat yang tindakan kerajaan persekutuan pimpinan Datuk Seri Najib Razak melantik Jamaluddin sebagai Duta Besar dalam masa beliau masih lagi seorang Ahli Parlimen adalah satu tindakan yang kurang bijaksana. Lebih teruk, ia seolah-olah menghina kepercayaan yang diberikan oleh rakyat Rompin kepada Jamaluddin.

Fadzli dengan tegas mendesak supaya Jamaluddin, sebelum berangkat ke Amerika Syarikat bagi menjalankan tugas barunya sebagai Duta Besar bertaraf menteri di sana, meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Rompin dengan seberapa segera.

Ini bagi membuka ruang satu pilihanraya kecil diadakan di Rompin untuk memilih pengganti Jamaluddin yang betul-betul boleh memberi khidmat kepada rakyat di kawasan itu. Meminjam slogan Najib, ujar Fadzli, rakyat sepatutnya sentiasa didahulukan.

Bagi Fadzli, beliau tidak punya masalah atas keputusan kerajaan persekutuan melantik seorang tokoh politik sebagai duta ke negara luar. Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, bekas Menteri Besar Terengganu yang tewas dalam Pilihanraya Umum 1999, telah dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi dari tahun 2000–2005.

Tetapi yang berbezanya, ketika Wan Mokhtar dilantik, beliau tidak lagi memegang apa-apa amanah atau sandaran tanggungjawab dari rakyat yang memerlukan beliau berada dalam negerinya, berbeza dengan Jamaluddin yang sampai hari ini masih lagi bergelar wakil rakyat.

Persoalan besar yang timbul ialah, apa perlu Najib mengangkat kembali Jamaluddin sedangkan di negeri Pahang sendiri, Jamaluddin seolah-olah menjadi tokoh yang terbuang dan dihilangkan, padahal sebelum ini beliau adalah Timbalan Ketua Perhubungan Umno negeri ini.MalaysiaInsider

-detikdaily.net-

Tiada ulasan: