"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ekspedisi menuntut royalti Kelantan berlepas ke pelantar Cakrawala

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Hrkh) - Misi Ekspedisi Royalti Petroleum Kerajaan Negeri Kelantan untuk meninjau kawasan pengeluaran petroleum di Lautan China Selatan berlepas pagi ini dari pelabuhan Pengkalan Kubor, Tumpat.

Rombongan yang diketuai Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Dato' Husam Musa yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, berlepas dengan tiga buah bot.

Antara yang turut sama menyertai rombongan ialah Naib-Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Dato' Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Tumpat, Dato' Kamarudin Jaffar, Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail, anggota Exco Kerajaan Kelantan, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri dan pengawai-pegawai kerajaan.

Perjalanan ke lokasi pengeluaran minyak dijangka memakan masa lebih 12 jam itu turut disertai wakil Harakah Wan Nordin Wan Yaacob dan Wan Mohd Zahari Wan Salleh. Jika tiada aral mereka dijangka tiba di pelantar kirakira jam 6 petang hari ini.

Sementara itu Wan Nordin dalam laporannya memberitahu, Husam ketika berucap di Majlis Pelancaran dan Taklimat Ekspedisi ke Pelantar Minyak Cakrawala Kelantan menggesa Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak supaya membayar segera wang royalti sejumlah RM1 billion sebelum Ramadan ini.

Tegas beliau, Najib perlu memandang serius kenyataan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang juga Pengerusi pertama Petronas, yang meminta Kerajaan Pusat membayar royalti kepada Kelantan.

Katanya, sebagaimana yang ditegaskan Tengku Razaleigh, rakyat Kelantan mempunyai hak untuk mendapat royalti bagi pengeluaran petroleum di kawasan usaha sama di sempadan perairan Malaysia, Thailand dan Vietnam itu.

"Ini adalah misi moral (mewakili rakyat Kelantan) untuk mendesak Kerajaan Pusat supaya tidak melenggahkan bayaran royalti," ujarnya.

Berita lanjut menyusul.

Tiada ulasan: