"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

UBN Najib Altantuya: Tangani media baru dengan hapus akta lapuk

Harakahdaily | Foto Nasir Sudin

BANGI, 6 Ogos (Hrkh) - Kerajaan perlu segera memansuhkan akta dan peraturan lapuk yang mengongkong kebebasan bersuara di negara ini, agar selari dengan perkembangan menakjubkan dunia internet, yang menawarkan maklumat dengan pantas tanpa sekatan.

Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman berkata, undang-undang yang menekan seperti Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sudah ketinggalan zaman dan tidak relevan lagi dalam era langit terbuka kini.

"Ternyata pemerintahan Perdana Menteri Najib Razak tidak mengambil iktibar daripada pilihan raya 8 Mac apabila ada kecondongan mutakhir ini untuk terus menekan media, termasuk mengawal ketat stesen TV di bawah Media Prima, bagi memastikan suara pembangkang tidak dilaporkan," ujarnya.

"Masyarakat kini, termasuk pembaca Harakah, semakin kritikal dan tidak mudah disogok dengan bahan propaganda. Pengamal media, sama ada media baru atau Imagemedia tradisi, harus meningkatkan kualiti dan tidak perlu bergantung dengan kuasa di sebaliknya," tambahnya lagi.

Lutfi berkata demikian dalam program dialog ilmu bertajuk Ideologi, Konspirasi dan Kuasa: Satu Kupasan Peranan Media Baru, di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis), dekat sini, 4 Ogos lalu.

Turut serta sebagai ahli panel ialah Ahli Lembaga Pengarah Utusan Melayu, Dato' Ruhanie Ahmad dan pensyarah kanan media, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah. Ia dirasmikan Rektor Kuis, Dato' Mohd Adanan Isman.

"Umno-BN ditolak dalam pilihan raya lalu bukan semata-mata disebabkan pembangkang menguasai media baru tetapi berpunca dari kesombongan pemimpinnya dan budaya rasuah yang menebal dalam pemerintahannya. Jika Pakatan juga dijangkiti masalah sama, rakyat juga akan menolaknya nanti walaupun mereka masih menguasai dunia internet," tambah Lutfi.

Beliau turut menyentuh kemungkinan media cetak akan pupus ekoran munculnya media baru seperti laman-laman web, blog dan beberapa rangkaian sosial di internet. "Pengamal media baru harus lebih beretika dan tegas menjaga kredibiliti, di samping tidak berkompromi terhadap isu ketepatan berita atau maklumat yang disampaikan. Pengunjung memilih media baru bukan hanya disebabkan kemudahan teknologi tetapi juga berpunca daripada kemerosotan ketara kualiti media tradisi. Justeru, jika media baru juga tidak mementingkan kualiti, mereka juga akan ditolak pembaca akhirnya," hujah Lutfi.

Tiada ulasan: