"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

UBN Najib Altantuya: PAS desak adakan sidang tergempar bincang wabak selesema babi

Mohd Nor Yahya

TUMPAT, 3 Ogos (Hrkh) - Mengambil kira jumlah korban akibat virus selesema babi atau influenza A (H1N1) meningkat kepada tujuh orang hari ini, kerajaan didesak memanggil persidangan tergempar Dewan Rakyat.

Persidangan khas itu dianggap penting bagi membolehkan rakyat mendapat gambaran lebih jelas mengenai penularan wabak tersebut.

Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar berkata, anggota parlimen Pakatan Rakyat memandang serius penularan wabak tersebut dengan begitu cepat sehingga mengakibatkan tujuh menjadi mangsa sehingga hari ini.

"Melihat kepada situasi itu kami berpendapat adalah perlu diadakan persidangan tergempar Dewan Rakyat bagi membincangkan langkah lebih kontrit untuk menangani penularan H1N1 yang begitu membimbangkan sekarang.

"Pada persidangan itu kerajaan perlu membentang kertas putih untuk diketengahkan apa yang telah dilakukan kerajaan dan cadangan baru menangani wabak tersebut," katanya pada persidangan media di sini petang ini.

Sebelum itu beliau menghadiri program pemimpin bersama rakyat peringkat Dun Pengkalan Kubur di Kampung Geting, dekat sini.

Hadir sama seorang lagi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan anggota parlimen Tumpat, Dato' Kamaruddin Jaffar.

Hari ini seorang ibu yang baru bersalin dua minggu di Sarawak menjadi korban ketujuh akibat influenza A (H1N1).

Mangsa terbaru itu berusia 23 tahun meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi Hospital Miri jam 4 pagi tadi. Beliau didapati mengidap pneumonia yang teruk.

Mahfuz yang juga anggota parlimen Pokok Sena berkata, melalui pembentangan kertas putih anggota-anggota parlimen dapat membincangkan sama ada perlu atau tidak kerajaan mengisytiharkan darurat ekoran penularan wabak H1N1.

Sementara itu dalam perkembangan lain katanya, himpunan membantah ISA Sabtu lalu mencapai kejayaan apabila puluhan ribu rakyat hadir sehingga menimbulkan suasana panik di kalangan pemimpin Barisan Nasional.

1 ulasan:

org memali berkata...

adalah dijangkakan penularan virus H1N1 ini akan bertambah berikutan perhimpunan awam tempoh hari.penularan lebih mudah dlm kelompok yg besar dgn kualiti udara dan peredaran udara yg tidak baik terutama ditempat kepadatan yg tinggi .adalah lebih baik para pemimpin mengawal penyokong masing2 agar tidak terlalu terdedah kepada penularan virus tersebut .tanpa penyokong ,siape lah kite ye.Penyokong pun kalau nak tunjuk berani pun biar bertempat .ingat org tersayang .Jgn mudah termakan hasutan krn mereka org politik yg hari ini A besuk bukan A lagi Nasihat ikhlas dari org memali : 1/ Kurangkan aktiviti luar 2/ Banyak minum air -air kosong 3/ Yg merokok kurangkan dan yg tidak jauhkan diri dari perokok 4/ Dpt rawatan awal yg berkaitan walaupun H1N1 masih tiada penawar .5/ Sentiasa dalam keadaan 'bersih' 6/ Ingatlah kita mungkin tidak mampu melawan wabak ini tapi kita mampu menghindarkannya . Setelah kita semua mengambil langkah berjaga2 maka kita bertawakkal lah kepada Allah . Insyaallah kita terlepas dari wabak ini ....... Aaminnnn.