"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wacana: Umno beri respons negatif

Azamin Amin

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Hrkh) - Sudah sebulan lebih surat jemputan Pemuda PAS mengajak wacana ilmiah bersama Pemuda Umno, namun sayap kanan parti itu yang diketuai Khairy Jamaluddin sehingga kini belum memberi sebarang maklum balas untuk turut serta dalam wacana tersebut.

Yang ada, ialah surat Khairy ingin bertemu secara tertutup - pertemuan empat mata dengan Ustaz Nasrudin Hassan Al-Tantawi, yang ditolak mentah oleh Ketua Pemuda PAS itu, kerana wacana tersebut adalah untuk pengetahuan rakyat dan mengelakkan sebarang fitnah.

Demikian dimaklumkan oleh Setiausaha Pemuda PAS merangkap jawatankuasa teknikal Kamaruzaman Mohammad ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.

"Kita sudah membentuk jawatankuasa teknikal, tetapi Umno masih tidak ada sehingga kini dan belum berbincang lagi berhubung wacana tersebut.

"Yang ada surat Khairy yang tidak berapa setuju dengan tajuk wacana 'Benarkah Perjuangan Umno Tidak Bertentangan Dengan Islam' itu dan hanya mahu bertemu secara tertutup dengan Ustaz Nasruddin," katanya.

Jika Umno bersungguh dalam merealisasikan wacana ilmiah ini, sudah pasti hal teknikal dan persetujuan telah dibuat awal-awal lagi tanpa mengambil masa sehingga sebulan lebih, menunjukkan pergerakan itu tidak berminat untuk turut serta, kata Kamaruzam

Sepatutnya wacana itu berlangsung selepas Pilihan raya Kecil Manek Urai dan sebelum menjelang bulan Ramadan, pertengahan Ogos ini, katanya.

"Kita akan bermesyuarat lagi, dan akan memberi tempoh akhir (due date) untuk mereka terima jemputan atau sebaliknya. Dan kalau tidak turut serta, bermakna jelas Umno gentar untuk berdepan dengan kita di pentas umum," katanya

Sementara itu Gerak juga turut menganjurkan satu forum yang menampilkan kedua-dua ketua pergerakan pemuda parti itu, dijangka berlangsung mingggu depan dan Nasruddin telah memberi jawapan balas untuk turut serta dalam forum tersebut, katanya.

"Sehingga kini, Khairy belum juga memberi keputusan untuk turut serta dalam forum itu. Sikap dan tindakan sebegini, lebih banyak mengundang persepsi negatif orang ramai terhadap kemampuan Ketua Pemuda Umno itu dalam mengenengahkan dan mengemukan hujah-hujah isu-isu semasa di khalayak," katanya.

Tiada ulasan: