"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Nizar vs Zambry: Zambry Cabar PR Bukti Tuduhan

Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir mencabar pembangkang di Perak supaya membuktikan tuduhan beliau meluluskan tanah kepada sebuah syarikat perlombongan dan hartanah milik kroninya.

Menteri besar itu berkata bahawa beliau mahu wakil rakyat Pakatan Rakyat yang terbabit tampil memberikan bukti kelulusan tanah berkenaan seperti yang didakwa dalam ceramah pembangkang itu sejak akhir-akhir ini.

Menurut Zambry beliau mahu ahli dewan undangan negeri -adun- Pakatan Rakyat tebabit menghentikan pembohongan itu segera kerana ia jelas membuktikan mereka adalah ahli politik yang tidak bertanggungjawab.

Beliau berkata mereka sepatutnya tidak membuat sebarang tuduhan dan tohmahan yang lebih bercorak pembohongan semata-mata untuk kepentingan politik masing-masing. Katanya yang jelas sekarang Pakatan Rakyat sudah muflis idea dan modal untuk mempengaruhi rakyat dan terpaksa mengada-adakan cerita untuk mengembalikan keyakinan orang ramai.

Zambry juga berkata Pakatan Rakyat terpaksa berbuat demikian sebagai satu helah untuk membolehkan orang ramai mengenang semula kehadiran mereka dalam kancah politik negeri itu. Beliau berkata demikan sebagai mengulas tohmahan dan dakyah yang dilaporkan dilakukan oleh bekas exco kanan Pakatan Rakyat Datuk Ngeh Koo Ham dan bekas exco Nga Kor Ming dalam ceramah di seluruh negeri itu sejak bulan lalu.

Menurut beliau ia dilaporkan secara meluas di akhbar berbahasa Cina sebagai satu cara untuk menjatuhkan beliau dan kerajaan Barisan Nasional pimpinannya. Menurut laporan itu Zambry dikatakan meluluskan tanah terbabit kepada sebuah syarikat perlombongan dan hartanah Rahman Hydraulic yang kononnya beliau mempunyai kepentingan.
-tvantara.com-

Tiada ulasan: