"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

ADUN Rasuah : UMNO Di cabar Ikut Jejak Langkah PR

Oleh: SM Noor
KEMAMAN - UMNO dan Barisan Nasional (BN) di cabar mengikuti jejak langkah Pakatan Rakyat (PR) dengan mengosongkan kerusi DUN Kemasek sekiranya parti itu benar-benar telus dan mendahulukan rakyat.

Pengarah Majlis Tindakan DUN Chukai, Hj Hanafiah Mat berkata PR menunjukkan contoh yang lebih baik berbanding UMNO/BN kerana wakil rakyatnya lebih berani dan bertanggungjawab.”

Saya mencabar UMNO/BN Terenggganu supaya mengosongkan kerusi DUN Kemasik dan menyerahkan kembali mandat kepada rakyat,”letak jawatan dan adakan pilihanraya semula DUN Kemasik kerana wakil rakyatnya kini dituduh melakukan rasuah,”katanya ketika menghubungi Buletin Online semalam.

Menurutnya, bekas wakil rakyat DUN Penanti yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohd Fairuz Khairudin meletakkan jawatan pada 16 April lalu, kerana dituduh melakukan rasuah.

Katanya Fairuz dengan rela meletakkan jawatan walaupun tidak ditangkap dan di siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

”Sekarang sudah jelas, Rosli ditangkap dan di reman untuk siasatan, apa lagi yang UMNO/BN tunggu?,”Rosli mesti berkorban supaya slogan ‘rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’ benar-benar berlaku dikalangan pemimpin UMNO/BN,”tegasnya.

Mengulas lanjut penangkapan Rosli beliau berkata warga Kemaman terkejut dengan perkara tersebut memandangkan Rosli dianggap sebagai YB yang pendiam serta berpendidikan tinggi.Namun, katanya, dengan penangkapan Rosli membuktikan bahawa tidak ada lagi pemimpin yang baik dan bersih dalam UMNO/BN.

Hanafiah yang juga Penolong Setiausaha PAS Terengganu mendesak Menteri Dalam Negeri Dato’ Hishamudin Hussein sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu bertindak lebih tegas mendakwa ahli-ahli UMNO yang terlibat dengan rasuah.

Merujuk laporan SPRM berkaitan penahanan dua orang ahli politik UMNO Terengganu sebelum ini, beliau berkata, Hishamudin mesti telus dan mendakwa kedua-dua mereka.

Beliau turut menyeru supaya seluruh rakyat Terengganu menolak UMNO pada pilihanraya akan datang kerana menurutnya UMNO bukan parti yang boleh diharapkan untuk membawa kebaikan kepada rakyat.
”Rakyat Terengganu perlu sedar, dan menolak UMNO pada pilihanraya umum akan datang,”pemimpin UMNO bukan berjuang untuk rakyat, tetapi untuk kekayaan peribadi masing-masing,”pelbagai salah laku dan penyelewengan telah telah dilakukan oleh pemimpin UMNO Terengganu,”katanya.

Sumber:Bulitenonline

Tiada ulasan: