"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Zul Kulim merepek lagi....

wfauzdin_ns
ADA orang marah bila aku menulis atau mengulas isu yang dibangkitkan oleh Zul Kulim yang sinonim dengan nama firaun besar ini. 

Tetapi bagi aku, selagi Zul Kulim ini boleh tunjuk sikap kurang ajar atau loyar buruk kalau pun tidak bodoh, aku juga mahu bersaing dengannya.

Seorang rakan telah mengulas juga tentang isu Zul Kulim yang menjadi MP Kulim Bandar Baru atas tiket PKR itu. Baca saja di sini. Jenis muka yang tidak tahu malu seperti Zul Kulim ini memang layak digelar `bangsat politik'. `Kebangsatan' beliau semakin menjadi apabila PAS berjaya adakan Muktamarnya tanpa berlaku sebarang kekecohan, dan bertambah gila Zul Kulim memikirkan bagaimana abang Mat Sabu boleh menjadi Timbalan Presiden PAS.

Mungkin terfikir di kepala otak Zul Kulim ini betapa selama beliau berada di dalam PAS dulu, beliau yang sentiasa berkopiah dan berlagak ustaz ini tidak pun mempunyai keupayaan seperti Mat Sabu. Usahkan mahu bertanding jawatan seperti Mat Sabu, untuk menjadi calon pilihanraya pun tak pandang, sedangkan beliau mungkin perasan beliau lebih `ustaz' dari Mat Sabu.

Baru-baru ini hujah Zul Kulim bahawa PAS kini dijangkiti oleh `Anwarisme'. Kununnya bila golongan Ulamak tidak berada di jawatan Timbalan Presiden PAS dan juga Naib Presiden, maka itu bukti PAS ada `Anwarisme'. Itulah standard Zul Kulim di dalam politik. Kepala otak beliau sentiasa memikirkan nama `Anwar...Anwar dan Anwar'. Katakan lah jika Us Tuan Ibrahim Tuan Man atau Us Nasha yang menang, Zul Kulim ini tetap akan sebut nama `Anwar' juga, beliau akan berkata, "Lihat, Ahli-ahli PAS memilih golongan Ulamak dan pengaruh Anwar tiada di dalam PAS". Apa kena mengena Anwar dengan PAS?

Jika dahulu Us Nasha menang, PAS tetap bersama PR. Jadi, hujah Zul Kulim yang pandai-pandai mengandaikan orang itu orang ini geng Anwar adalah hujah dari kepala otak yang busuk hati. Beliau akan tahu nasibnya selepas PRU akan datang. Zul Kulim kita campakkan ke lubang `dubur Saiful atau Eskay' bintang pujaan beliau sekarang./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: