"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kereta PI Bala dicuri dari rumahnya di Rawang

Bekas penyiasat persendirian dalam kes pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu, P Balasubramaniam mendapati kereta miliknya dicuri dari rumahnya di Rawang pagi semalam.

Kejadian disedari apabila adik iparnya yang tidak mahu identitinya didedahkan mendapati kereta berkenaan hilang dari rumah mereka di Taman Pelangi kira-kira jam jam 6.30 pagi.

“Kereta itu masih di sana pada jam 2.30 pagi dan saya melihatnya. Namun pada jam 6.30 pagi, saya dapati pagar depan terbuka dan kereta telah hilang,” katanya sambil menambah beliau menetap di rumah Balasubramaniam sejak beliau meninggalkan negara ini.

“Turut didapati hilang adalah sebuah kamera dan pemain video dan skrin yang dipasang pada bahagian depan dan belakang kereta. Saya buat laporan di balai polis Rawang selepas polis meminta salinan sijil pendaftaran kereta itu.

"Saya bekalkan dokumen yang diperlukan dan pihak berkuasa selesai mengambil laporan pada jam 3 petang,” katanya.

Menurutnya lagi, beliau juga hairan anjing-anjing yang berada di kandang tidak menyalak.

Adik ipar penyiasat persendirian itu berkata kereta jirannya juga dicuri bulan lalu manakala kereta seorang lagi jiran di rumah hadapannya pula dicuri dua bulan lalu.

“Jenayah semakin menjadi-jadi,” katanya.

azlanMengulas kejadian itu, Balasubramaniam, seorang anggota polis sebelum menjadi seorang penyiasat persendirian dalam e-melnya berkata “kadar jenayah Malaysia semakin buruk.”

Setakat ini tidak dapat dipastikan sama ada kejadian terbaru ini berkaitan dengan kes pembunuhan Altantuya ataupun dakwaan Balasubramaniam bahawa isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor, mahu beliau meninggalkan negara berikutan pendedahannya yang menggemparkan negara pada akuan bersumpah pertamanya.

-malaysiakini-

Tiada ulasan: