"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ustaz Nasharuddin masuk Umno?

Mutaligat 
Benarkah Ustaz Nasharuddin Mat Isa akan masuk Umno? Itulah cita-cita Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan, Utusan Malaysia, Datuk Zaini Hassan yang menulis di ruangan 'Cuit' di akhbar itu hari ini.
Zaini berkata PAS kini mula hilang arah dan beliau berdoa Nasharudin yang seorang ulama akan berbuat demikian.

“Saya berdoa Ustaz Nasharudin Mat Isa, seorang ulama dan bekas orang nombor 2 PAS yang disungkurkan mengikut jejak beberapa pemimpin PAS sebelum ini berjuang dalam Umno.' 

Saya petik laporan ini dari Portal Malaysiakini.

Saya yakin Ustaz Nasharuddin bukan bodoh seperti Nakasone dan lain-lain. Beliau seorang yang faham Islam dan jitu pegangannya. Beliau anak didik Ustaz Fadzil Noor. Mana mungkin beliau sanggup mengkhianati kepercayaan dan amanah yang diberikan oleh Allahyarham Ustaz Fadzil.

Umno benar-benar gila meroyan dan hampir kelemasan menggagau apa sahaja untuk menyelamatkan diri.

Tiada ulasan: