"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Hadi Sifatkan Undang-Undang Syariah Dipengaruhi British


KOTA BHARU, 7 JUN: Undang-undang syariah di Malaysia disifatkan masih dipengaruhi elemen era-kolonial yakni mengikut undang-undang British, kata presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
 
Menurut Abdul Hadi, undang-undang syariah di negara ini perlu dilaksanakan berlandaskan intipati Islam sebenar seperti dalam isu video seks yang dikaitkan dengan pemimpin pembangkang.
 
Beliau juga berkata rakaman seperti itu juga tidak boleh dijadikan senjata untuk memfitnah.
 
"Apa yang ada di dalam enakmen pentadbiran Islam itu bukan... itu British," katanya kepada Bernama selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kediaman Rasmi Menteri Besar di sini, hari ini.
 
Semalam Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan ketetapan sama ada rakaman video seks boleh dijadikan bahan bukti di mahkamah syariah.
 
Video seks itu menjadi polemik politik apabila PAS sebulat suara meluluskan usul mengutuk keras penyebaran video seks "fitnah" Datuk T kerana mempunyai kepentingan politik Umno.
 
Ketika menutup Muktamar Tahunan PAS Ke-57 Ahad lalu, Abdul Hadi berkata, sesuatu klip video tidak boleh dijadikan bukti kerana parti tersebut berpegang kepada konsep empat saksi terutama dalam kes liwat dan zina.
-tvsnews-

Tiada ulasan: