"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tahniah Atas Ketegasan Timbalan Presiden PAS Tuan Haji Mohammad Sabu

Suhaizan Bin Kayat
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor mengucapkan tahniah atas ketegasan Timbalan Presiden PAS Tuan Haji Muhammad Bin Sabu dalam wawancaranya dengan Malaysiakini. Kerajaan yang dipimpin oleh PAS khususnya Kelantan dan Kedah perlu lebih kehadapan dalam merangka dan melaksanakan agenda pembangunan rohani dan jasmani.

Rakyat yang memilih PAS bukan semuanya memilih kerana mereka menyokong PAS tetapi sebahagian besarnya mereka hanya memberi peluang sahaja kepada PAS.

Mereka sebenarnya mahu mengukur keupayaan PAS dan Pakatan Rakyat. Jika PAS dan Pakatan Rakyat tidak membuktikan lebih baik daripada UMNO dan Barisan Nasional maka dikuatiri rakyat akan berpatah balik dalam pilihanraya akan datang.

PAS khususnya harus menyedari kekalahan di Terengganu pada tahun 2004 yang menyebabkan petugas PAS sukar bangkit daripada kekalahan tersebut dalam tempoh yang lama. Salah satu punca utama adalah ‘over confident' terhadap kekuatan PAS di Terengganu. Lalu rakyat menghukum dalam pilihanraya 2004. Kini dengan segala kekuasaan yang ada pada UMNO dan Barisan Nasional di peringkat persekutuan dan lekanya petugas khususnya pemuda PAS di kawasan-kawasan, saya sangat kuatir peritiwa kekalahan PAS di Terengganu akan berulang.

PAS juga belum memperlihatkan dengan jelas kepada rakyat agenda yang boleh menarik sokongan orang Melayu. Sedangkan PAS bertanding dikebanyakkan kerusi orang-orang Melayu.Pilihanraya pula sudah terlalu hampir. Bagaimana PAS mahu menganti UMNO sedangkan tiada agenda khusus untuk menarik sokongan masyarakat Melayu.

Pemuda PAS juga dirasakan terlepas pandang dalam meletakkan dirinya sebagai ‘pressure group' kepada parti. Selepas kemenangan tahun 2008 Pemuda PAS dilihat terlalu berhati-hati dengan langkahnya sehingga tugas pemuda menegur kepimpinan PAS jarang kedengaran. Oleh itu masa masih ada lagi untuk berubah. Pemuda PAS harus berani, kreatif dan inovatif terhadap amanah yang diberi. Pimpinan PAS di semua peringkat harus melipatkali gandakan usaha untuk bekerja di lapangan masing-masing bagi mempastikan PAS dan Pakatan Rakyat dapat kemenangan dalam pilihanraya ke-13.

Suhaizan Bin Kayat

Ketua Pemuda PAS
Negeri Johor

1 ulasan:

hussin berkata...

"Pemuda PAS juga dirasakan terlepas pandang dalam meletakkan dirinya sebagai ‘pressure group' kepada parti."

you were in the cc. were you blind then?

if not, why allow the same people to pressure you not to stand against nasarudin tantawi?

lesson learnt? remember this, many people learn from their mistakes and few learn from other peoples' mistakes. to which category do you belong to?