"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Hari ini tragedis untuk PKR

TinBuruk
 
Hari ini Ibu Pejabat PKR di Tropicana, PJ akan dilelong. Pihak PKR dipercayai akan membida bangunan ini semasa lelongan dibuat. Berjaya atau tidak belum pasti kerana banyak sangat tangan-tangan yang nak mengaibkan PKR.

Bangunan juga macam bendera, maruah kepada PKR keseluruhannya. Dulu kita dengar bangaimana Ja`far bin Abu Thalib dalam perang dengan Rom mempertahankan bendera Islam sehingga kedua-dua tangannnya terpotong. Dia masih memegang dan mempertahkan bendera Islam dengan memeluk menggunakan tunggul baki tangan sehingga beliau mati dan bendera ini diambil alih oleh Abdullah bin Rawahah.

Pengajaran kepada Pakatan Rakyat, mana-mana negeri yang dikuasai supaya memperkemaskan organasasi termasuk harta aset.

Saya tak bimbing pada negeri Kelantan kerana PAS-PAS Kawasan mempunyai bangunan dan pusat tarbiyyah yang baik. Di Terengganu ada PAS Kawasan bijak, mengambil kesempatan daripada masa pemerintahan dengan bangunan dan pusat tarbiyyah yang baik, tapi ada juga yang lalai hingga tak sempat nak fikir untuk jamaah hanya sekadar fikir untuk diri dan kroni sahaja.

Saya menasihatkan terutama untuk PAS Kedah. Peluang yang ada perlu digunakan jangan 'betul bendol' dalam hal ini. Lihat sahaja di Perak, berapa PAS kawasan yang ambil kesempatan buat bangunan dan pusat tarbiyyah?Inilah yang disebut dalam SWOT sebagai Opportunities

Tiada ulasan: