"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Daging babi dikata daging lembu

Agensi

Lampung: Tiga individu ditahan pada malam Isnin lalu selepas disyaki memperdaya pengguna dengan menjual daging babi yang didakwa mereka sebagai daging lembu.

Kegiatan itu terbongkar selepas polis Lampung Timur menerima aduan daripada orang awam.

Portal Kompas melaporkan, dua daripada suspek adalah bapa dan anak masing-masing berusia 56 serta 21 tahun dari Way Kanan.

Seorang lagi suspek yang ditahan berusia 59 tahun dan berasal dari Labuhan Ratu dekat daerah Lampung Timur.

"Ketiga-tiga mereka disyaki ada kaitan dengan kegiatan menjual daging babi.

"Mereka dipercayai melakukannya dengan menipu pelanggan kononnya yang dijual itu adalah daging lembu dan menjualnya di bawah harga pasaran," kata Ketua Polis Bahagian Siasatan Jenayah Bahagian Lampung Timur, Faria Arista.

Bagi mengelak kegiatan mereka dikesan, peniaga terbabit menggunakan dua modus operandi bagi memperdayakan pelanggan.

"Contohnya, jika daging lembu dijual dengan harga 120,000 rupiah (kira-kira RM34) sekilogram di pasaran, maka peniaga terbabit menjual daging babi yang didakwa daging lembu itu pada harga 100,000 rupiah (kira-kira RM28) sekilogram saja.

"Modus operandi kedua adalah dengan berkongsi video pemotongan daging lembu kepada pelanggan bagi meyakinkan mereka," katanya

Tiada ulasan: