"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Setelah menyepi, Xavier muncul di majlis bersama Azmin, ‘rakan seperjuangan’

FMT Reporters

Gambar yang dimuatnaik Xavier Jayakumar di Facebook menunjukkan beliau bermesraan dengan pemimpin Bersatu, Azmin Ali. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Setelah sekian lama menyepi, bekas pemimpin PKR, Dr Xavier Jayakumar, muncul di majlis berbuka puasa dengan pemimpin Bersatu, termasuk Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Azmin Ali.

Xavier, yang mengumumkan keluar PKR pada Mac untuk menjadi Ahli Parlimen mesra Perikatan Nasional, memuat naik gambar kehadirannya di suatu majlis bersempena Ramadan di Facebooknya lewat petang tadi.

Beliau tidak memberikan butiran mengenai majlis itu, setakat menyatakan rasa gembira dapat bersama “teman seperjuangan Bersatu Selangor”.

“Hari yang indah ini dapat bersama teman-teman seperjuangan Bersatu Selangor di Shah Alam. Bulan yang mulia ini juga merupakan peluang untuk mengikat perpaduan,” katanya.

Xavier menyepi sekian lama selepas mengumumkan keluar PKR, di sebalik siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang turut melibatkan seorang timbalan pengerusi negeri parti itu.

Ketika siasatan berkenaan, Xavier masih bersama PKR. Beberapa pemimpin parti mendakwa tindakan Xavier beralih sokongan kepada PN kerana siasatan itu.

Setakat ini, Xavier belum membuat sebarang pengumuman menyertai Bersatu atau mana-mana parti sekutu.

Kehadirannya di majlis bersama Azmin mengundang pelbagai reaksi dari warga net, termasuk persoalan sama ada beliau akan menyertai Bersatu dan juga status siasatan SPRM terhadapnya.

Tiada ulasan: