"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pelajar dakwa menerima ugutan rogol setelah dedah ‘gurauan’ guru

FMT Reporters

Dalam video dikongsikan di media sosial, pelajar dari Selangor itu berkata perkara itu telah dimaklumkan kepada polis.

PETALING JAYA: Seorang pelajar sekolah menengah mengugut untuk merogol rakan pelajarnya yang mengongsikan video mengenai guru pendidikan jasmani sekolah itu  mempersendakan jenayah seks itu dalam kelas.

“Ya, seorang rakan lelaki di sekolah mengugut untuk merogol saya. Saya menangis,” kata pelajar berkenaan di Twitter hari ini.

“Namun,  budak lelaki (yang membuat ugutan sedemikian) adalah sebab saya terus berjuang. Guru yang terus ‘meracun’ budak-budak dengan pemikiran sedemikian perlu disingkirkan daripada sistem pendidikan kita,” kata beliau.

FMT tidak dapat menghubungi remaja berusia 17 tahun itu untuk mendapatkan komen.

Pelajar berkenaan turut mengongsikan tweet seorang lagi pengguna Twitter, “Suresh” yang mengatakan “guru itu telah memungkinkan ugutan itu dibuat. Malah, keseluruhan sistem pendidikan kita memungkinkannya.”

Bapa pelajar itu yang mengakui anaknya itu menerima ugutan rogol, memberitahu AstroAwani beliau akan membuat laporan polis mengenai perkara itu.

Beliau juga telah membuat laporan polis berhubung gurauan guru terbabit.

Remaja itu menjadi tumpuan di media sosial semalam selepas memuat naik video di TikTok, apabila memetik guru sekolahnya di Selangor berkata “jika kamu (pelajar) mahu merogol, jangan rogol seseorang bawah 18 tahun. Rogol orang melebihi 18 tahun.”

Jurucakap Kementerian Pendidikan memberitahu FMT perkara itu dalam siasatan.

Tiada ulasan: