"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

‘Ada ke vaksin lebih untuk makcik?’, Khairy gagal, cucuk vaksin patut di klinik dan dewan

MUHAMMAD NAJIB

Saya tidak tahu apa pandangan anda tentang program imunisasi Covid-19, tetapi secara peribadi bagi saya program ini berterabur dan Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin memang flop. Big time.

Tanggapan ini terbukti betul apabila kelmarin satu hospital swasta di Batu Pahat terpaksa keluar notis mereka masih belum terima bekalan vaksin dari kerajaan sehari sebelum mereka dijadualkan untuk melakukan suntikan vaksin. Hanya selepas CEO hospital tersebut pulun kerja sepanjang malam, barulah bekalan dapat secure.

Cerita hospital swasta Batu Pahat ini salah satu saja daripada pelbagai lagi kisah huru-hara vaksin ni. Jangan kita lupa macam mana rakyat berebut nak daftar untuk vaksin AstraZeneca sampai kena guna handphone, tablet, laptop, desktop dan entah apa benda lagi. Sistem pendaftaran itu pula tak boleh harap dan bodoh nak mam***.

Aplikasi MySejahtera pun sama. Nak vaksin, kena daftar guna MySejahtera. Lepas itu timbul cerita ada yang duduk Johor, kena cucuk vaksin di Sabah.

Ada yang setiap hari check MySejahtera tapi tidak ada tarikh janjitemu, sekali bila dah ada tarikhnya pula dah lepas dua minggu sudah. Ada yang daftar tersilap nombor MyKad, tapi sistem MySejahtera bagi tarikh janjitemu cuma masalahnya bila dah datang, kena suruh balik sebab nombor MyKad tak betul.

Minta vaksin

Saya sendiri dah daftar dari bulan Februari, sampai ke sudah masih belum dapat tarikh temujanji untuk suntikan dos pertama.

Dalam keluarga, hanya isteri sahaja yang sudah dapat satu dos vaksin itupun sebab dia berebut untuk AstraZeneca. Keluarga sebelah isteri, ada yang sudah cucuk dan sekali lagi itupun sebab daftar AstraZeneca. Keluarga sebelah saya pula, hanya mak yang dah dapat vaksin Pfizer.

Mak saya warga emas jadi tersenarai sebagai penerima vaksin fasa kedua. Tapi adakah mak saya dapat janjitemu vaksin melalui MySejahtera? Tidak. Orang tua itu sebenarnya fed-up tunggu lama sangat dia terus ‘langgar’ ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dan tanya pegawai di situ, “ada ke vaksin lebih untuk makcik?”

Nasib baik mak saya ada kenderaan dan berkeupayaan untuk pergi ‘langgar’ sendiri dan minta vaksin. Tapi bagaimana dengan orang tua lain, warga emas lain yang tiada kenderaan atau keupayaan untuk pergi dan tanya tentang vaksin mereka?

Itu yang jadi beribu-ribu warga emas gagal hadir janjitemu vaksin mereka. Sama ada sebab tiada kenderaan, tiada keupayaan atau tidak tahu pun ada janjitemu vaksin.

Sebab itu saya sudah tegaskan lama lagi, kaedah PPV mega dan daftar guna MySejahtera ini bukan caranya. Yang patut dibuat ialah vaksin dari klinik ke klinik, dewan ke dewan, masjid ke masjid atau rumah ke rumah.

Masuk ke ceruk seperti mana kerajaan dulu bagi vaksin untuk polio dan sebagainya. Satu lagi, tidak perlu suruh rakyat daftar di MySejahtera yang tidak boleh harap itu. Cukup bawa MyKad reader, suruh cucuk MyKad masa nak cucuk vaksin dan daftar masa itu juga. Macam di Sarawak.

Tapi itulah, KJ menantu Pak Lah ini suka nak bagi nampak gempak dalam buat kerja, walaupun in the end kerjanya tak deliver.

Sekarang apabila dah tunggang-langgang, dia mula petik hal vaksin kena bolot dengan negara maju. Walhal, dulu dia dan kerajaan juga yang cakap bekalan vaksin mencukupi, tidak perlu risau, tidak perlu gusar.

Yang paling celaka sekarang, PICK yang asalnya tiga fasa, sudah jadi entah berapa fasa. Tiba-tiba ada Fasa 4 untuk pekerja kilang, yang membuatkan kita semua yang belum vaksin menyesal habis SPM hari itu tidak terus kerja kilang saja.

Belum reda hal pekerja kilang, sudah timbul pula fasa entah ke berapa untuk pelajar sekolah yang nak periksa. Terus saya rasa macam nak ambil SPM tahun ini supaya senang dapat vaksin.

Bukan saya seorang sahaja yang rasa KJ gagal. Sultan Selangor sudah tegur pun tentang isu agihan vaksin tidak adil.

Terkini, Sultan Johor pula tegur proses vaksinasi yang sangat perlahan. Tapi iyalah, apalah kita nak harapkan dari KJ yang satu masa dahulu bila dia jadi Menteri Belia dan Sukan, pernah print bendera Indonesia terbalik dalam buku cenderahati Sukan SEA 2017. Jangan ingat rakyat lupa.

Tiada ulasan: