"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tular remaja OKU hilang bukan diculik, tapi warga emas jadi sasaran kemarahan

FMT Reporters

Tangkap layar klip video tular menunjukkan seorang wanita memukul lelaki yang disangka menculik remaja OKU itu, selepas kereta dipandu warga emas terbabit ditemui orang awam di Saujana Rawang semalam.

PETALING JAYA: Polis berkata, tiada elemen penculikan dalam kes tular kononnya seorang remaja perempuan kelainan upaya (OKU) dilarikan seorang lelaki tidak dikenali di Bandar Country Homes, Rawang, semalam.

Warga emas berusia 80 tahun itu menjadi sasaran kemarahan kerana disalah sangka melarikan remaja OKU terbabit, dengan sebuah klip video tular selama 26 saat menunjukkan seorang wanita cuba memukul individu berkenaan selepas kereta dipandunya ditemui orang ramai.

Ketua Polis Daerah Gombak, Zainal Mohamed Mohamed berkata, siasatan lanjut sebaliknya mendapati remaja OKU berusia 16 tahun itu menahan sebuah kereta yang melalui kawasan itu, semasa dia berjalan seorang diri tanpa pengetahuan ibunya.

Semasa kejadian 9 pagi Sabtu itu, ibu mangsa sedang membeli sarapan dan seorang lelaki berumur 80 tahun membenarkan remaja OKU itu menaiki kereta dipandunya.

“Lelaki terbabit membenarkan remaja berkenaan berbuat demikian kerana beranggapan dia meminta pertolongan. 

“Ibu mangsa berumur 54 tahun yang kemudiannya menyedari ketiadaan anaknya, lantas bertanyakan peniaga di kawasan berhampiran, sebelum dimaklumkan anaknya mengikut seorang lelaki dengan menaiki sebuah kereta berwarna kelabu,” katanya dipetik Bernama dalam kenyataan malam tadi.

Zainal Mohamed berkata, siasatan awal mendapati seorang kenalan kepada ibu remaja itu memuat naik kejadian terbabit ke beberapa kumpulan WhatsApp, sehingga kereta yang membawa anaknya berjaya ditemui orang awam di Saujana Rawang kira-kira 12.30 tengah hari semalam.

“Ibu mangsa bagaimanapun mendapati anaknya dalam keadaan selamat dan tiada sebarang kecederaan berlaku.

“Hasil siasatan lanjut mendapati lelaki yang didakwa melarikan remaja itu, tidak pasti arah tuju hendak membawa remaja itu kerana dia hanya mendiamkan diri sehinggalah kereta lelaki berkenaan ditahan beberapa orang awam di sekitar Saujana Rawang.”

Beliau berkata, siasatan kes ini tiada kaitan dengan kes culik dan ibu mangsa menarik balik laporan polis dibuatnya sebelum ini yang diklasifikasikan sebagai kes orang hilang.

Tiada ulasan: