"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tok Pa minta maaf langgar SOP makan di kafe

Faris Danial Razi

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed memohon maaf atas tindakannya melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sebuah kafe di Jeli, Kelantan pada Sabtu lalu.

Pejabat kementeriannya dalam satu kenyataan memberitahu, ia susulan gambar mengenai kehadirannya di sebuah kafe yang terletak di Kampung Kalai itu tersebar di media sosial.

“Berikutan tersebarnya gambar mengenai kehadiran beliau di kafe tersebut, Ketua Polis Daerah Jeli menghubungi beliau tengah hari tadi memaklumkan bahawa kertas siasatan telah pun dibuka mengenai perkara ini.

“Beliau memohon maaf atas pelanggaran SOP ini dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk mengambil tindakan sewajarnya,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut menjelaskan, pada jam 5.30 petang Sabtu, Mustapa atau lebih mesra disapa Tok Pa telah singgah di Alfath Café di kampung berkenaan.

"Beliau singgah di kafe itu untuk melihat bagaimana pemiliknya yang juga anak muda berusia 26 tahun berjaya meneruskan perniagaannya walaupun berdepan dengan PKP 3.0.

"Anak muda ini menggunakan sepenuhnya media sosial untuk memasarkan menu yang berasaskan makanan barat.

"Datuk Mustapa mengaku berada dan dihidangkan makanan di kafe itu," katanya.

Tiada ulasan: