"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Video lucah lelaki mirip artis bikin ‘panas’

Media Mulia

KUALA LUMPUR: ‘Bergegar’ dunia hiburan hari ini apabila sebuah video tidak senonoh individu mirip seorang pelakon dan penyanyi tular di media sosial.

Dalam video berdurasi dua minit lapan saat itu, individu mirip seorang lelaki itu dilihat tidak berpakaian dan menunjukkan aksi kurang senonoh yang dipercayai dirakam di dalam sebuah tanda.

Video tersebut telah dimuat naik oleh salah seorang pengguna Twitter dan diulang kicau lebih 250 kali.

Malah, ciapan itu juga mendapat pelbagai respon warganet yang kesal dengan tindakan lelaki tersebut jika benar dia adalah pelakon yang didakwa.

Ada juga segelintir warganet yang mendakwa video tersebut merupakan hasil rakaman lama lelaki mirip pelakon yang juga suami kepada seorang selebriti itu berikutan wajah yang kelihatan lebih muda.


Tiada ulasan: