"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PKR mungkin tukar calon di Sungai Buloh

KJ tanding Sungai Buloh, PKR mungkin tukar calon

FMT Reporters

PETALING JAYA: PKR mungkin mengubah kedudukan calonnya yang bertanding di kerusi Parlimen Sungai Buloh selepas Barisan Nasional (BN) meletakkan Khairy Jamaluddin di situ.

Menerusi hantaran di Twitter, Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli, berkata beliau akan berbincang mengenai perkara itu dengan Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

“Saya akan berbincang dengan @anwaribrahim mengenai maklum balas pengundi di Sg (Sungai) Buloh mengenai calon PKR setakat ini.

“Saya hargai semua pandangan. Keputusan akhir adalah keputusan beliau (Anwar) sebagai Presiden parti,” tulisnya menurut Harian Metro.

Semalam, BN mengumumkan Khairy, penyandang kerusi Parlimen Rembau akan bertanding di Sungai Buloh manakala PKR mempertaruhkan timbalan ketua penerangan 1 parti itu, R Ramanan sebagai calon mereka.

Pengumuman itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warganet yang menggesa Pakatan Harapan (PH) menukar calon mereka.

Sebelum ini, Sungai Buloh adalah kerusi campuran yang disandang R Sivarasa daripada PKR sejak 2008.

Pada PRU14, Sivarasa meraih 43,631 undi menewaskan Nuridah Salleh daripada PAS yang memperoleh 16,977 undi, A Prakash Rao mewakili BN (16,681) dan Zainurizzaman Moharam daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM) (642).

Secara tradisi kerusi Sungai Buloh ditandingi oleh MIC namun parti itu kalah kepada PKR tiga penggal berturut-turut.

Jumlah pengundi yang keluar mengundi pada PRU14 adalah sebanyak 82.32% yang mewakili seramai 12,229,514 orang daripada 14,940,624 pengundi berdaftar.

Tiada ulasan: