"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Viral video wanita ditampar, tendang, dilibas selipar undang kemarahan

Juwan Riduan

am@hmetro.com.my

               TANGKAP layar video tular

Kota Kinabalu: Tular rakaman video seorang perempuan ditendang dan ditampar beberapa kali termasuk dilibas selipar oleh seorang remaja lelaki sehingga mencetuskan kemarahan warganet.

Video berdurasi 18 saat itu menunjukkan remaja lelaki itu dilihat beberapa kali menampar muka perempuan terbabit hingga tertolak ke dinding.

Lelaki itu kemudian menyerangnya lagi dengan menendangnya sebelum bertindak menampar muka perempuan itu dengan selipar berkali-kali.

Perempuan itu hanya menangis menahan kesakitan dengan memegang kepalanya di tepi dinding.

Dalam kejadian itu, rata-rata netizen mengecam perbuatan lelaki terbabit kerana terlalu ganas.

Malah netizen, turut mengecam individu yang merakam kejadian itu kerana hanya ketawa melihat tindakan lelaki itu.

Setakat ini tidak dipastikan bila kejadian itu berlaku namun lokasi kejadian seperti di sebuah pusat beli belah di Kota Kinabalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah ketika dihubungi berkata, pihaknya belum menerima sebarang maklumat atau laporan polis mengenai kejadian itu sama ada benar ia berlaku di Kota Kinabalu.

Bagaimanapun katanya, pihaknya sedang menjalankan siasatan mengenai video tular berkenaan dan meminta kerjasama dari semua pihak untuk tampil memberikan maklumat mengenai kejadian itu.

Tiada ulasan: