"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kanak-kanak terjatuh tingkat 11 meninggal dunia

Mary Victoria Dass

am@hmetro.com.my

Johor Bahru: Kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang terjatuh dari tingkat 11, Rumah Pangsa Larkin di Jalan Garuda di sini, semalam meninggal dunia tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat mengesahkan kematian kanak-kanak berkenaan.

Beliau berkata, kanak-kanak berkenaan menghembus nafas terakhir ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA).

"Terdapat laporan polis dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

"Mangsa meninggal dunia pada 12.30 tengah malam tadi ketika menetima rawatan di HSA," katanya ketika dihubungi.

Semalam, media melaporkan kanak-kanak 12 tahun patah tangan kiri dan dalam keadaan selamat selepas ditemukan tersangkut di bumbung kedai di tingkat bawah selepas terjatuh dari tingkat 11 bangunan terbabit.

Tiada ulasan: