"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Telur ada tahi ayam, gerai roti canai popular diarah tutup

FMT Reporters

Video yang tular di media sosial mengenai tahap kebersihan sebuah gerai roti canai di Jalan Transfer, George Town.

PETALING JAYA: Sebuah gerai roti canai popular di Jalan Transfer, George Town, Pulau Pinang yang tular selepas telur digunakan masih terdapat najis ayam diarahkan tutup 14 hari berkuat kuasa hari ini.

Notis penutupan itu dikeluarkan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983.

Kebersihan gerai itu juga didapati tidak memuaskan selepas pemeriksaan dilakukan pihak berkuasa susulan video tular di media sosial beberapa hari lalu, lapor Berita Harian.

Berikutan itu, premis terbabit turut menerima satu kompaun sebanyak RM500 kerana gagal menghantar pekerja bagi mengambil kursus pengendalian makanan.

BKKM menjalankan pemeriksaan pada 11 pagi ketika premis berkenaan dipenuhi pelanggan yang sedang menjamu selera.

Selain itu, gerai minuman berhampiran juga dikenakan kompaun RM500 kerana didapati mempunyai pencemaran silang pada peti penyimpanan ais.

Terdahulu, tular satu rakaman video berdurasi 53 saat menunjukkan seorang pekerja gerai roti canai dilihat mengambil telur ayam tidak dicuci dan meletakkannya dalam satu bakul berhampiran tempat menebar roti.

Dalam rakaman itu, kelihatan lelaki tersebut tidak menyusun telur dengan baik menyebabkan ia pecah sebelum meneruskan menebar roti untuk pelanggan.

Sementara itu, pemilik kedai Shahjahan Abdul Hamid berkata, dia akur dengan arahan berkenaan dan memohon maaf kepada pelanggan.

Katanya, tempoh penutupan itu akan diguna sebaiknya bagi membersihkan gerai berkenaan.

Tiada ulasan: