"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wanita 56 tahun ditahan berkhalwat dengan lelaki bujang

Malinda Abdul Malik

SEBERANG PERAI – Singgah sekejap susulan penat baru pulang berjalan-jalan.

Itu alasan diberikan seorang wanita berusia 56 tahun ketika ditahan atas kesalahan berkhalwat oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) di sebuah hotel di Butterworth di sini, awal pagi tadi.

Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan JHEAIPP, Mohd Azizon Noordin berkata, wanita ditahan bersama seorang lelaki berusia 25 tahun yang berstatus bujang.

“Hasil siasatan lanjut mendapati wanita tersebut berstatus isteri orang dan dia memberi alasan singgah sekejap di hotel tersebut susulan baru pulang meronda,” katanya kepada pemberita.

Mengulas lanjut Mohd Azizon berkata, pasangan itu antara tiga pasangan yang ditahan pihaknya menerusi Ops Bersepadu Tahun Baharu yang dilakukan dengan kerjasama daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara.

Jelas beliau, mereka yang ditahan berusia lingkungan 25 hingga 56 tahun dan masing-masing memberi alasan datang untuk berjalan-jalan sempena tahun baharu.

“Sebahagian daripada tiga pasangan yang ditahan itu merupakan penduduk negeri ini manakala sebahagian lagi datang dari Kedah.

“Masing-masing mereka yang merupakan pekerja kilang serta penganggur itu ditahan mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 iaitu berkhalwat,” kata beliau. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: