"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Insiden jurulatih tampar remaja perempuan dapat perhatian menteri

Malaysiakini 

Insiden seorang jurulatih bola tampar yang dilihat menampar dua atlet remaja perempuan mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Dalam catatan di Twitter, Hannah berkata dia telah menghubungi Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek bagi mendapatkan maklumat berhubung kejadian itu.

“Ini salah. Dah hubungi @FadhlinaSidek dan kami sedang dapatkan maklumat berhubung kejadian ini,” katanya.

Terdahulu, kecoh di sosial media apabila tular satu rakaman video insiden dalam Kejohanan Bola Tampar Remaja Bawah 14 (B-14) Malaysia 2022 di Johor pada 16 Dis lepas.

Dalam kejadian itu, dua atlet remaja perempuan dilihat ditampar oleh seorang lelaki dipercayai jurulatih mereka dari pasukan Melaka.

Insiden itu berlaku ketika pasukan Melaka ketinggalan di belakang pasukan Johor dengan lima mata.

Kejohanan bola tampar itu diadakan di SJK (C) Pei Hwa, Johor dari 14 Dis hingga 16 Dis.

Tiada ulasan: