"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kes letupan di Pandan Indah, polis tahan pasangan suami isteri

FMT Reporters

PETALING JAYA: Polis menahan sepasang suami isteri bagi membantu siasatan berhubung kejadian letupan yang mengakibatkan seorang pekerja restoran terbunuh di Pandan Indah, di Ampang, pada 29 Dis lalu.

Pemangku Ketua Polis Selangor, S Sasikala Devi berkata, pasangan berusia 33 dan 30 tahun itu ditahan pada jam 7.20 malam, semalam, di sebuah taman perumahan, di Serdang, Kedah.

Katanya, pasangan suami isteri itu akan ditahan reman selama tujuh hari selepas permohonan reman dibenarkan mahkamah majistret.

“Pihak polis percaya, tangkapan berkenaan boleh membantu siasatan kes ini yang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau turut menasihatkan orang awam supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan kes itu.

Dalam kejadian pada jam 8.55 malam, seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun yang bekerja sebagai pembantu tukang masak terbunuh selepas sebuah bungkusan yang diletakkan di atas bonet kereta meletup.

Bungkusan plastik itu meletup sebaik sahaja lelaki itu mengalihkannya menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah pada badan.

Tiada ulasan: