"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Farhash, bekas setiausaha politik Anwar kini pengerusi 7-Eleven, Robin Tan letak jawatan

Malaysiakini

story-imagePengerusi 7-Eleven Malaysia Holdings Bhd Robin Tan Yeong Ching telah meletak jawatan "untuk meneruskan minat lain".

Dia digantikan oleh Farhash Wafa Salvador, bekas setiausaha politik kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Tan, anak kepada pemegang saham utama 7-Eleven, taikun Vincent Tan Chee Yioun dengan 41.8 peratus kepentingan, dilantik ke lembaga pengarah kumpulan itu sebagai pengerusi, pengarah bukan eksekutif bukan bebas pada 25 Nov 2021.

7-Eleven berkata pertukaran lembaga pengarah itu berkuat kuasa serta-merta.

“Farhash membawa bersamanya pengalaman bernilai lebih sedekad dalam bidang perniagaan, perundingan dan nasihat.

“Dalam bidang perniagaan, kerjayanya yang cemerlang merentasi pelbagai sektor termasuk pembinaan, teknologi, hotel, makanan dan minuman.

“Beliau juga merupakan penyokong tegar untuk menggalakkan pembangunan industri perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negara ini,” kata 7-Eeleven pada pemfailan di Bursa Malaysia.

Farhash pernah dan sedang menjadi pengarah dan/ atau pemegang saham dalam sekurang-kurangnya sepuluh syarikat swasta termasuk Swag Technologies Sdn Bhd, Salvador & Sons Sdn Bhd dan Pacific Samudera Sdn Bhd.

Dia kini menganggotai lembaga penasihat Yayasan Usahawan Malaysia, sebuah organisasi bukan kerajaan yang mengumpulkan, menubuhkan dan membangunkan syarikat mampan dengan ciri keusahawanan yang kukuh.

Dia juga pengerusi eksekutif kumpulan Apex Equity Holdings Bhd dan pengarah Berjaya Construction Bhd.

Tiada ulasan: