"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki ditemukan meninggal dunia bersebelahan kereta

Siti Rohana Idris

am@hmetro.com.my

LELAKI berusia 56 tahun ditemukan meninggal dunia sebaik mahu memasuki kereta. FOTO ihsan pembaca

LELAKI berusia 56 tahun ditemukan meninggal dunia sebaik mahu memasuki kereta. FOTO ihsan pembaca
Kota Bharu: Seorang lelaki meninggal dunia sebaik mahu memasuki kenderaannya yang diparkir di Jalan Bayam di sini, semalam.

Mangsa berusia 56 tahun dipercayai dari tempat kerjanya sebelum ditemukan orang awam dalam keadaan terbaring tidak sedarkan diri.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, pada jam 2.30 petang semalam, pihaknya menerima panggilan memaklumkan kejadian itu.

"Mangsa dijumpai orang awam terbaring tidak sedarkan diri bersebelahan keretanya di tempat letak kenderaan berhadapan Bangunan Kelantan Trade Centre (KTC).

"Pemeriksaan awal terhadap tubuh mangsa tiada sebarang kesan kecederaan dan pembantu perubatan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) yang hadir mengesahkan lelaki itu sudah meninggal dunia," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Mohd Rosdi berkata, hasil bedah siasat mendapati mangsa mengalami serangan jantung dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.

Tiada ulasan: