"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dr Dzulkefly: PAC boleh tuntut Pharmaniaga dedah kos sebenar vaksin Covid-19

Azril Annuar

PETALING JAYA: Ahli Parlimen kerajaan, Dzulkefly Ahmad (PH-Kuala Selangor) menuntut Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menyiasat kos sebenar vaksin Covid-19 Pharmaniaga Berhad yang dibeli oleh Putrajaya.

Semasa perbahasan Kertas Putih Kementerian Kesihatan mengenai perolehan vaksin, Dzulkefly berkata enam negeri terpaksa membeli vaksin itu pada harga tinggi.

“Saya mahu menteri menjawab mengenai perkara kewangan yang tidak didedahkan. Saya tahu bahawa perjanjian tanpa pendedahan (NDA) adalah sesuatu yang mesti kita patuhi tetapi saya fikir, untuk PAC, ia harus didedahkan.

“PAC adalah badan yang mempunyai kuasa perlembagaan dan mempunyai locus standi dalam institusi Parlimen. Maklumat itu perlu diberikan supaya dapat membuat penilaian yang lengkap, tepat dan kritikal,” katanya.

Dzulkefly, yang merupakan menteri kesihatan bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini, menambah kertas putih itu tidak mendedahkan kos vaksin terbabit.

Kementerian Kesihatan membentuk kertas putih mengenai pasukan petugas vaksin Covid-19 susulan kenyataan Perdana Menteri Anwar Ibrahim bahawa kerajaan mendapati pembelian vaksin itu tidak mengikut prosedur dan telah ditandatangani oleh menteri tanpa persetujuan Jabatan Peguam Negara (AGC).

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, sebelum ini berkata kertas putih itu bukan misi mencari kesalahan tetapi untuk menambah baik sistem kesihatan negara.

Beliau juga menggesa semua Ahli Parlimen menyokong rang undang-undang itu.

Tiada ulasan: